‘Lori hantu’ muncul selamatkan mangsa banjir di Bandar Seri Ehsan

Penduduk lega berjaya keluar ke tempat lebih selamat selepas terperangkap sejak banjir melanda pada Jumaat

SHAH ALAM – Penantian penduduk yang terkepung akibat banjir di Bandar Seri Ehsan, Banting berakhir apabila dua buah ‘lori hantu’ berjaya masuk ke kawasan kampung berkenaan.

Penduduk terbabit lega malah tidak henti-henti menzahirkan rasa syukur apabila berjaya keluar ke tempat lebih selamat selepas terperangkap sejak banjir melanda pada Jumaat malam.

Mereka bimbang terperangkap lebih lama kerana keselamatan pesakit kronik, golongan warga emas, kanak-kanak dan bayi pasti terjejas sekiranya tidak berjaya keluar sehingga tengah malam pada Isnin.

Dua buah ‘lori hantu’ berjaya masuk ke Bandar Seri Ehsan, Banting untuk membantu memindahkan mangsa banjir.
“Alhamdulillah dua biji lori hantu berjaya masuk dan selamatkan penduduk yang terperangkap. Allahuakbar. Moga dapat keluarkan semua sebelum malam gelap.

“Waktu begini tak sangka lori hantu yang berguna, bukannya helikopter. Terima kasih banyak sukarelawan, tentera dan bomba,” kata penduduk, Widyana Ali di laman Facebooknya pada Isnin.

Beliau turut memaklumkan jentera milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga berjaya memasuki kawasan itu namun bot tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu kerana keadaan masih bahaya.

“Terima kasih rakyat Malaysia. Bantuan sudah menanti mereka di jalan besar ini. Allahuakbar,” katanya di laman sosial itu lagi.

‘Lori hantu’ muncul selamatkan mangsa banjir di Bandar Seri Ehsan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker