Empangan Pulau Pinang cukup untuk hadapi kemarau pertama 2022

Sebaran :

GEORGETOWN – Kapasiti efektif tiga empangan utama di Pulau Pinang telah mencapai tahap sihat menjelang musim kemarau 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir Jaseni Maidinsa berkata, faktor utama tiga empangan terbabit kekal stabil adalah disebabkan jumlah hujan yang tinggi di kawasan tadahan air empangan, sejak enam bulan lalu.

Menurut beliau, fenomena ini membuktikan bahawa hujan adalah faktor utama untuk mengisi semula empangan Pulau Pinang ke tahap yang sihat.

“Status empangan semasa juga mencerminkan hakikat bahawa tiada yang salah dengan empangan dan kawasan tadahan air Pulau Pinang.



“Dari sudut kejuruteraan bekalan air, Empangan Teluk Bahang telah pulih pada Disember, manakala Empangan Air Itam telah diisi semula ke paras selamat tepat pada masanya.

“Tidak seperti Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang yang menjadi kegunaan harian, Empangan Mengkuang berfungsi sebagai rizab strategik kemarau,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Jaseni berkata, PBAPP menggunakan rizabnya ketika musim kemarau apabila ia tidak dapat mengambil air mentah yang mencukupi dari Sungai Muda dan apabila kapasiti empangan hampir mencecah 100 peratus.

“Empangan Pulau Pinang dalam keadaan yang agak baik ketika kita bersedia untuk musim kemarau pertama 2022, yang dijangka bermula pada Januari.



“Bagaimanapun, disebabkan perubahan iklim, ketibaan musim hujan pertama 2022 untuk mengisi semula empangan (selepas musim kemarau) mungkin tidak lagi dapat diramalkan dengan baik,” katanya.

Mengulas lanjut Jaseni menjelaskan, PBAPP akan terus merancang untuk memastikan bekalan air mencukupi pada tahun 2022.

Sehubungan itu, pihaknya akan terus memantau hujan, kapasiti efektif empangan dan paras air Sungai Muda setiap hari.

“Kami juga akan melaksanakan bekalan air kawalan cuaca kering mulai Januari 2022.



“PBAPP menggalakkan semua pengguna air Pulau Pinang supaya menggunakan air secara bijak,”katanya.

Empangan Pulau Pinang cukup untuk hadapi kemarau pertama 2022


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ong Kian Ming kongsi gambar tolong mangsa banjir pakai baju Armani dikritik netizen


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *