Sindiket Geng Nana jual bayi RM12,000 di Instagram tumpas

Sebaran :

Sindiket Geng Nana jual bayi RM12,000 di Instagram tumpas

MELAKA – Polis negeri berjaya menumpaskan sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak yang didalangi seorang suri rumah digelar Nana dengan penahanan 16 individu sejak 30 November lalu.

Seramai 14 suspek ditahan merupakan ahli sindiket berusia antara 25 hingga 58 tahun, manakala dua lagi adalah pasangan suami isteri yang dipercayai melakukan urusan pembelian seorang bayi lelaki.

Dalam Ops Pintas Nana itu, pihak polis turut menyelamatkan dua bayi lelaki berusia tiga bulan, seorang bayi perempuan empat bulan serta seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilahirkan oleh wanita-wanita muda.



Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, beberapa siri serbuan telah dilakukan oleh pasukan kontinjen negeri selepas menerima laporan berhubung kejadian daripada sepasang suami isteri pada 30 November lalu.

Katanya, dalang utama iaitu seorang suri rumah digelar Nana berusia 33, berjaya dikesan dan diberkas di sebuah rumah inap desa sekitar Melaka Tengah yang dijadikan lokasi untuk menjaga ibu hamil serta ‘bilik bersalin’ pada 16 Disember lalu.

“Pada hujung bulan lalu, sepasang suami isteri telah membuat laporan polis mengenai mengenai urusan pengambilan anak angkat dengan bayaran sebanyak RM12,000, namun tidak diberikan apa-apa dokumen kelahiran.

“Hasil risikan kita berjaya mengesan sindiket penjualan bayi ini dan menahan 14 ahli termasuk dalang iaitu seorang suri rumah berusia 33 tahun digelar Nana,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, di sini, hari ini.



Tambahnya, ahli sindiket itu telah menggunakan Instagram untuk mendapatkan ‘pelanggan’ dan wanita-wanita muda yang hamil anak luar nikah bagi melakukan kegiatan mereka.

“Mereka membuat perjanjian dengan wanita-wanita muda ini untuk menyediakan keperluan asas sehinggalah bayi itu dilahirkan, termasuk seorang bidan bagi menjaganya.

“Kumpulan ini berselindung dengan menjadikan rumah inap desa di sekitar daerah ini sebagai ‘hospital’ untuk menjaga ibu hamil tersebut sepanjang tempoh sebulan sebelum melahirkan,” katanya.

Abdul Majid berkata, geng itu telah aktif sejak Mac tahun lalu dan menyasarkan pasangan suami isteri di sekitar Melaka serta Negeri Sembilan untuk pengambilan anak angkat pada harga sekitar RM11,000 sehingga RM12,000.



Jelasnya, ibu bapa yang bersetuju akan membuat pembayaran secara berperingkat, manakala bayaran kepada ibu hamil tidak termasuk dan bergantung atas ihsan ibu angkat bayi berkenaan.

“Kita kini masih mengesan tiga lagi bayi yang dipercayai telah diserahkan kepada keluarga angkat dan seorang bidan warga tempatan berusia 27 tahun.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (2007) (ATIPSOM) dan sabit kesalahan boleh dipenjara minimum tiga tahun dan maksimum 20 tahun dan denda,” katanya. K Online

Sindiket Geng Nana jual bayi RM12,000 di Instagram tumpas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.