PrnSarawak: DAP kalah teruk; PKR, Amanah bungkus

PrnSarawak: DAP kalah teruk; PKR, Amanah bungkus

Pakatan Harapan (PH) dijangka merekodkan kekalahan terburuk di Sarawak selepas DAP hanya menang di dua kerusi manakala PKR dan Amanah tewas di semua kerusi ditandingi mereka.

Pada PRN Sarawak 2016, DAP menang tujuh kerusi, manakala PKR menang tiga kerusi.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, PRN Sarawak kali ini menyaksikan DAP terpaksa berpuas hati dengan dua daripada 24 kerusi ditandingi, manakala PKR memaparkan prestasi sama seperti di PRN Melaka – tewas di semua 28 kerusi. Amanah juga tewas di semua lapan kerusi ditandingi.

DAP kekal menguasai kerusi Pending dan Padungan, manakala kalah di Batu Kawah, Pujut, Pelawan, Tanjong Datu dan Bukit Assek.

Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen menang di Padungan manakala Violet Wong unggul di Pending.

Kekalahan pada PRN Sarawak hampir mengulangi episod sama yang berlaku kepada PH pada PRN Melaka, di mana gabungan itu sekadar menang lima kerusi, berbanding 15 kerusi pada PRU14.

Terdahulu, dilaporkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang besar, selepas menguasai majoriti lebih 2/3, dengan memperolehi 76 daripada 82 kerusi. FMT

PrnSarawak: DAP kalah teruk; PKR, Amanah bungkus


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker