Jangan Suka Suka Jadi Penjamin… Roh Turut Tergantung Jika Gagal Langsai Hutang Akibat Peminjam
Jangan Suka Suka Jadi Penjamin… Roh Turut Tergantung Jika Gagal Langsai Hutang Akibat Peminjam
SUDAH jatuh ditimpa tangga. Itu sesuai menggambarkan mengenai keadaan Sazali (bukan nama sebenar) yang bukan sahaja muflis tetapi terpaksa menanggung beban hutang jutaan ringgit kepada bank disebabkan menjadi penjamin bagi sebuah syarikat.
Lebih malang, syarikat tersebut sudah gulung tikar dan Sazali terpaksa menanggung hutang yang tidak mungkin dapat dilangsaikan dalam tempoh segera.
“Setiap bulan saya perlu membayar RM450 kepada jabatan itu dan saya buntu memikirkan masalah tersebut,” katanya.
Bukan sahaja soal itu sahaja membuatkan Sazali buntu, dia juga bimbang sekiranya tidak sempat menyelesaikan hutang itu dan ada mengatakan rohnya tidak akan tenang dan tergantung selepas meninggal dunia.
Bagaimana pandangan Islam mengenai perkara itu?
Apabila menjadi penjamin beban hutang akan ditanggung bersama di antara peminjam asal.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah berkata, pada asalnya, apabila seseorang mahu secara sukarela menjadi penjamin dan memenuhi syarat-syaratnya, maka beban tanggungjawab hutang akan ditanggung secara bersama di antara peminjam asal dan penjamin.
Kata Luqman beban hutang hanya terlepas apabila hutang tersebut dilangsaikan sama ada daripada pihak penjamin, peminjam asal, pembahagian bersama ataupun dihalalkan oleh pemiutang.
Perbahasan di atas katanya dimasukkan oleh para ulama dalam bab al-Dhaman atau al-Kafalah. Al-Dhaman bermaksud suatu kontrak yang mengikat seseorang untuk membayar beban hutang yang asalnya ditanggung oleh peminjam, khususnya dalam keadaan peminjam gagal atau ingkar untuk membayarnya. – (Rujuk: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/483)
“Hutang secara hakikatnya merupakan tanggungjawab peminjam untuk menyelesaikannya dalam setiap keadaan. Namun, dengan kewujudan kontrak jaminan, tanggungjawab tersebut dikongsi bersama di antara peminjam dan penjamin.
“Para ulama menyebut bahawa dibolehkan kepada pemiutang untuk menuntut haknya kepada salah satu pihak yang dikehendakinya atau kedua-duanya dengan cara pembahagian sehinggalah segala hutang dilangsaikan,” katanya.
Kenyataan itu kata Luqman turut disandarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: (Maksudnya): Penjamin merupakan penanggung hutang. – [Riwayat Abu Daud (3565)].
Kita perlu melangsaikan hutang.
Oleh itu, dalam hal hutang masih tidak dilangsaikan oleh peminjam asal atau penjamin sedangkan pemiutang menuntut haknya, terdapat hadis-hadis yang memberi ancaman termasuklah ancaman roh dan amalan yang tergantung bagi golongan yang tidak membayar hutang khususnya mereka yang berkemampuan tetapi sengaja tidak mahu membayarnya.
Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW: (Maksudnya): Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya. – [Riwayat al-Tirmizi (1079)]
Imam al-Suyuthi ketika mensyarahkan hadis di atas menyebut bahawa kedudukan mereka yang hutangnya masih tidak selesai di dunia akan tertahan daripada menduduki tempat yang mulia di akhirat.
Al-Hafiz Al-Iraqi pula memberi penjelasan bahawa proses penghakiman akan terhenti seketika dari sudut tiada hukuman kebinasaan ataupun ganjaran keselamatan sehinggalah di akhir nanti dilihat sama ada terdapat orang yang menyelesaikan bagi pihak dirinya ataupun tidak.
Selain itu, terdapat hadis yang menyebut bahawa pahala peminjam akan diberikan kepada pemiutang sebagai ganti hutang yang tidak dilangsaikan di atas muka bumi.
Rasulullah SAW bersabda: (Maksudnya): Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang, maka di hari Akhirat tidak ada lagi urusan dinar dan dirham, yang ada hanyalah urusan berkaitan pahala kebaikan dan dosa kemaksiatan. – [Riwayat Abu Daud (3597)].
Walau bagaimanapun kata Luqman, sekiranya penjamin betul-betul berada dalam keadaan terdesak bahkan berstatus muflis dan tidak mampu untuk membayarnya sehinggalah ditakdirkan meninggal dunia, maka hutang tersebut perlu dibayar dengan harta peninggalan arwah.
Zakat boleh diberikan kepada individu yang menjadi penjamin bagi orang lain yang berhutang.
Selain itu, penjamin atau ahli warisnya juga boleh memohon zakat bagi kategori asnaf gharimin iaitu “orang yang berhutang” kerana di dalam mazhab Syafie, zakat boleh diberikan kepada individu yang menjadi penjamin bagi orang lain yang berhutang dengan syarat penjamin berada dalam keadaan tidak mampu melangsaikan hutang.
“Tambahan pula, para ulama menyebut penjamin berhak menuntut kepada peminjam asal untuk menyelesaikan hutang yang dituntut oleh pemiutang bagi membebaskan dirinya daripada tuntutan hutang.
“Selain itu, penjamin juga berhak menuntut semula segala pembayaran yang dibuat sepanjang menjadi penjamin hutang peminjam asal. Seandainya penjamin meninggal dunia, ahli waris boleh menjadi wakil untuk menuntutnya setiap kali bayaran dibuat,” ujarnya.
Dalam erti kata lain, peminjam asal tetap menjadi prioriti untuk menyelesaikan hutang-piutang yang dituntut oleh pemiutang. Dalam masa yang sama, peminjam asal juga perlu membayar semula duit yang telah dibayar oleh penjamin sekiranya dia menuntutnya.
“Contohnya, duit sebanyak RM450 yang dibayar penjamin kepada Jabatan Insolvensi tersebut. Lantaran itu, beban tanggungjawab hutang yang dipikul dapat dikurangkan apatah lagi sekiranya kontrak jaminan tersebut dibuat atas dasar memenuhi permintaan peminjam bagi membolehkan proses hutang dapat diluluskan semata-mata,” katanya.
Kesemua alternatif yang dicadangkan di atas bertujuan mengurangkan beban penjamin di samping menunjukkan kesungguhannya melunaskan segala hutang yang dijamin. Rasulullah SAW bersabda:
(Maksudnya): “Barang siapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya. Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya.” [Riwayat al-Bukhari (2387)]
Jangan Suka Suka Jadi Penjamin… Roh Turut Tergantung Jika Gagal Langsai Hutang Akibat Peminjam
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kajian ganja, ketum perlu diluluskan
- Pemandu Honda Civic ‘Koyak’, Lepas Geram Baling Botol Air
- Kenyataan “Allah Makhluk Halus”, Pengasas Kek MamaSab Mohon Maaf
- Lelaki ditembak mati ketika cuba rempuh polis
- Instafamous Indonesia Laura Anna meninggal dunia
- Agnel mengaku ‘main’ dengan anak gadis jurulatih
- Bekas MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Dengan Penampilan Tampak Berbeza
- Semua Ahli Parlimen dipanggil untuk diberi penjelasan isu 5G
- Kumpulan belia bantah pindaan akta berkait SOP Covid-19
- Gangguan bekalan air di 463 kawasan sekitar Lembah Klang
- Sambutan besar-besaran Krismas, Tahun Baharu dilarang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?
You must be logged in to post a comment.