Kelmarin bawa ayam ke DUN, hari ini diarah keluar dewan

Kelmarin bawa ayam ke DUN, hari ini diarah keluar dewan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad diarahkan keluar dari persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini kerana melanggar peraturan dewan.

Arafat didapati tidak mengendahkan arahan Timbalan Speaker, Khalil Yahya supaya duduk dan terus mencelah penggulungan yang dibuat Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil negeri, Abdul Yunus Jamahri.



Harian Metro melaporkan, ADUN Hulu Kinta itu berterusan mendesak Abdul Yunus mengemukakan jawapan lisan serta membuat permohonan maaf terbuka kepada rakyat yang menyaksikan sidang itu secara dalam talian mengenai isu kenaikan harga barangan mutakhir ini.

Susulan itu, Khalil mengarah Bentara Dewan menutup pembesar suara di tempat duduk Arafat.

Khalil pada mulanya memberikan kata dua sama ada Arafat keluar dewan atau terus kekal di tempat duduknya bagi memberi laluan kepada penggulungan seterusnya oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan Perak, Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Bagaimanapun ketika Nolee Ashilin membuat penggulungan, Muhamad Arafat kembali bangun mencelah namun tidak dibenarkan oleh Khalil.



Arafat kemudiannya membuat keputusan untuk keluar dengan diiringi Bentara Dewan kira-kira jam 4 petang.

Pada Selasa, ADUN PKR itu mencuri tumpuan apabila memegang ayam segar ketika berbahas sebagai ‘gimik’ untuk mengulas isu kenaikan harga barangan terutama ayam segar.

Katanya, ayam itu sebagai ‘hadiah’ kepada Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria yang juga ADUN Semanggol. FMT

Kelmarin bawa ayam ke DUN, hari ini diarah keluar dewan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik



Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker