KPM sedia terima pelajar yang MRSM dibuang

KUALA LUMPUR – Sepuluh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar yang ditamatkan pengajian akan diterima meneruskan pengajian di sekolah harian.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin, bagaimanapun setiap pelajar terbabit akan menjalani proses intervensi serta kaunseling di sekolah-sekolah yang ditetapkan.

“Kita di sekolah (harian) menerima murid ini tetapi bukan sekadar menerima sebab ada rekod.

“Kita akan pantau mereka dan beri kaunseling, kita tidak boleh biarkan (sahaja) mereka masuk sistem sedia ada.

“Perlu ada sistem pemantauan rapi, intervensi daripada kaunselor agar timbul kesedaran dalam kalangan murid ini,” jelasnya.

Tambah Mohd Radzi, pihak sekolah berkenaan akan mengambil pendekatan yang diperlukan bagi memantau pelajar itu.

“Dalam konteks buli di sekolah biasanya ia tidak berlaku seorang murid dengan seorang, tapi seorang dengan ramai.

“Bila mereka ini seorang, mereka tidak berani pun,tetapi merebak, berani bila seorang berhadapan dengan ramairamai kerana mereka rasakan seperti satu kumpulan.

“Apabila berpecah ke sekolah-sekolah lain, mereka sedari tindakan itu tidak betul dan kaunselor memainkan peranan memantau murid ini,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 di Putrajaya pada Khamis.

Selasa lalu, 10 pelajar berumur 13 ke 15 tahun dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar ditamatkan pengajian selepas didapati terlibat dalam kes buli seorang pelajar.

Menurut Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azhar Abdul Manaf, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Displin Pelajar MRSM.

Ia selepas satu video tular di laman sosial memaparkan seorang pelajar sedang dibuli sekumpulan pelajar lain di dalam bilik asrama.

Isu terbabit kemudiannya membawa kepada penahanan kesemua suspek bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. – Awani

ARTIKEL BERKAITAN: Buli: Mara tamatkan pengajian 10 pelajar MRSM

Mangsa tegur jangan tonton video lucah punca kes buli di MRSM

Mangsa buli dirawat di hospital, alami kecederaan tisu lembut

KPM sedia terima pelajar yang MRSM dibuang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tegur tonton video lucah punca pelajar MRSM dibuli

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker