‘Top Five’ akan beri panduan kepada parti – Zambry

‘Top Five’ akan beri panduan kepada parti – Zambry

Setiap ahli dan pemimpin UMNO digesa agar tidak memecahbelahkan parti dengan pertelingkahan dalaman.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, parti itu tidak boleh berpecah hanya disebabkan perbezaan pandangan.



“Sekiranya semua berpegang kepada keputusan parti maka tidak timbul soal kem dan kumpulan. Kepimpinan negara kini dipimpin oleh seorang Perdana Menteri dari UMNO. Tentunya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu didokong oleh sekalian ahli UMNO.

“Itulah pandangan parti dan kepimpinan utama. Justeru jangan ada lagi pertelingkahan sehingga boleh memecah-belahkan parti. Jangan ada apa-apa gerakan untuk menumbangkan pemimpin itu, pemimpin ini,” katanya di Facebook beliau.

Jelasnya, negara kini dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang datang daripada UMNO dan Ismail Sabri perlu didokong oleh semua ahli UMNO.

Justeru itu, Zambry berkata, pertelingkahan dalaman perlu segera diselesaikan sebelum UMNO dipecahbelahkan oleh ahlinya sendiri.



“Jangan ada apa-apa gerakan untuk menumbangkan pemimpin itu, pemimpin ini,” katanya.

Mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), bekas Menteri Besar Perak itu berkata, parti sudah memutuskan sebarang keputusan besar dan langkah untuk menentukan tarikh pilihan raya adalah melalui perbincangan tiga pemimpin utama, iaitu presiden, timbalannya dan Perdana Menteri.

“Soal bila perlu diadakan pilihanraya serahkan kepada pucuk pimpinan. Telah diputuskan supaya the top five (presiden, timbalan dan tiga naib presiden) akan memberi panduan kepada parti.

“Keperluan bagi parti ialah membuat persiapan awal untuk berhadapan dengan realiti baru. Perkemaskan jentera dan perbaiki kelemahan,” katanya lagi. MG



‘Top Five’ akan beri panduan kepada parti – Zambry


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?



Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker