Sah Presiden Afrika Selatan positif Covid-19

CAPE TOWN – Pejabat presiden Afrika Selatan dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pemimpin berkenan, Cyril Ramaphosa disahkan positif Covid-19 dengan gejala ringan dan sedang menerima rawatan, lapor stesen penyiaran CNN semalam.
Sehubungan itu, beliau telah menyerahkan semua tanggungjawabnya kepada Naib Presiden Afrika Selatan, David Mabuza untuk tempoh minggu hadapan.
Ramaphosa bagaimanapun ‘bersemangat’, manakala keadaannya sedang dipantau oleh Perkhidmatan Kesihatan Tentera Afrika Selatan Pasukan Pertahanan Kebangsaan Afrika Selatan.
“Ramaphosa berkata bahawa jangkitannya sendiri bertindak sebagai amaran kepada semua orang di negara ini (Afrika Selatan) agar mendapat vaksinasi dan terus berwaspada supaya tidak terdedah kepada Covid-19.
“Vaksinasi kekal sebagai kaedah perlindungan terbaik terhadap simptom Covid-19 yang teruk dan kemasukan ke hospital,” kata kenyataan itu.
Afrika Selatan yang merupakan lokasi pertama di mana saintis mula mengesan varian Omicron baru-baru ini dilanda gelombang keempat wabak Covid-19.
Kumpulan pemantauan vaksinasi saluran berita CNN menyatakan, lebih 25 peratus penduduk Afrika Selatan telah divaksin sepenuhnya, dengan tambahan lima peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Ramaphosa yang telah lengkap divaksin baru-baru ini pulang daripada lawatan ke rantau Afrika Barat. Beliau diuji negatif untuk Covid-19 sekembalinya ke Johannesburg pada 8 Disember.
Presiden itu kini berada dalam kuarantin di Cape Town. – AGENSI
Baca Artikel Menarik:
- Kongsi suara suami lafaz cerai buat ramai sebak
- Armada dibawah Wan Fayhsal gagal – Armada Bersatu
- SPRM lucut hak RM540,000, 8 keping emas milik bekas KSU
- Saya akan terus membela diri dan menegakkan kebenaran di mahkamah dunia – Najib
- Netizen geram lihat pelajar jadikan rakan ‘punching bag’
- PrnSarawak: Ali Biju tidak boleh tarik diri
- Ambil kira siasatan ‘pemain utama’ skandal 1MDB
- Ebit Lew bergambar dengan samseng jalanan Rio De Janeiro
- Jejaka Sarawak kahwin dua wanita serentak
- Menteri Kewangan perlu bertaubatlah, banyak kes bunuh, jenayah akibat arak
- Rider ditindas: Mana SUHAKAM? Malulah ada agensi sebegini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tiada lagi selfie orang DAP dengan Mahathir, sindir Ronnie Liu