Presiden PAS nafikan hubungan ‘dingin’ dengan Presiden UMNO, kami masih ‘hangat’
KUALA TERENGGANU – Jawapan berseloroh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan hubungannya bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih ‘hangat’ menjawab teka-teki sesetengah pihak yang mendakwa dua pemimpin itu kini bertelagah.
Menurut Abdul Hadi, hubungan antara mereka tidak ‘dingin’ sebagaimana di dakwa malah sering bersua di Parlimen.
“Saya rasa hubungan kami masih ‘hangat’, dekat Parlimen kita duduk bersama-sama, sebelah saya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahmad Zahid.
“Saya duduk di tengah-tengah, jadi pendamai semua pihak,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Pas Ke-70 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, pada Ahad.
Abdul Hadi ketika berucap sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Pas Ke-70 berkata, Pas memiliki kehebatan tersendiri tanpa perlu menumpang parti lain.
Abdul Hadi Awang (tengah) dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun Pas Ke-70 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu pada Ahad
Katanya, parti-parti lain yang banyak bergantung dengan Pas untuk menyelamatkan diri.
“Walaupun Pas ditekan dan berdepan rintangan, kita tidak sekali-kali menyerah kalah dalam perjuangan. Pelbagai ujian, ugutan yang membujur lalu, melintang patah, tetapi kita harus lalui perjuangan ini,” katanya.
Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan, sumber parti dan penganalisis mendakwa hubungan Ahmad Zahid dan Abdul Hadi disifatkan dingin sekali gus menjadi antara faktor MN berada di ‘penghujung jalan’.
Presiden PAS nafikan hubungan ‘dingin’ dengan Presiden UMNO, kami masih ‘hangat’
Baca Artikel Menarik:
- Kongsi suara suami lafaz cerai buat ramai sebak
- Armada dibawah Wan Fayhsal gagal – Armada Bersatu
- SPRM lucut hak RM540,000, 8 keping emas milik bekas KSU
- Saya akan terus membela diri dan menegakkan kebenaran di mahkamah dunia – Najib
- Netizen geram lihat pelajar jadikan rakan ‘punching bag’
- PrnSarawak: Ali Biju tidak boleh tarik diri
- Ambil kira siasatan ‘pemain utama’ skandal 1MDB
- Ebit Lew bergambar dengan samseng jalanan Rio De Janeiro
- Jejaka Sarawak kahwin dua wanita serentak
- Menteri Kewangan perlu bertaubatlah, banyak kes bunuh, jenayah akibat arak
- Rider ditindas: Mana SUHAKAM? Malulah ada agensi sebegini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET