Pemilihan Umno boleh buat Nov tahun depan – Tok Mat

Pemilihan Umno boleh buat Nov tahun depan – Tok Mat

Pemilihan Umno boleh diadakan Nov tahun depan dengan pemilihan peringkat cawangan diadakan paling lewat pada Julai, menurut Timbalan Presiden Mohamad Hasan.

Beliau berkata, perkara itu dinyatakan selepas mengambil kira situasi pemilihan Umno yang perlu diadakan sebelum hujung tahun depan, termasuk keperluan untuk parti menyelesaikan aduan diterima ketika pemilihan berlangsung.



“Pemilihan parti ini memang perlu diadakan tahun depan, sebab penggal yang ada ini akan berakhir sehingga hujung Disember 2022 nanti. Jika habis penggal hujung tahun, pemilihan di peringkat cawangan perlu diadakan awal iaitu selewat-lewatnya bulan Julai mesti diadakan.

“Dua bulan lagi untuk kita tangguhkan mesyuarat di antara cawangan dan juga bahagian kerana semasa musim pemilihan ini, macam-macam perkara, aduan-aduan mesti kita selesaikan dahulu sebelum kita adakan mesyuarat perwakilan bahagian,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Mohamad yang juga Ketua Umno Bahagian Rembau berkata, dua bulan selepas pemilihan di peringkat cawangan, Umno boleh mengadakan pemilihan pusat dan bahagian yang dibuat serentak di bahagian-bahagian.

Mohamad ketika mengulas pandangan supaya pemilihan Umno diadakan sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berkata, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan supaya lima orang kepimpinan tertinggi parti akan mengadakan perbincangan mengenainya.



“PRU-15 ini terpulang kepada pucuk pimpinan parti dan juga pucuk pimpinan negara untuk berunding dan mencari kata sepakat dengan parti sudah bersedia dan kerajaan juga sudah bersedia. Walaupun kita mahu supaya PRU-15 awal, yang boleh bubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri ialah Yang di-Pertuan Agong.

“Pemimpin parti dan pemimpin kerajaan akan duduk bersama-sama, pemilihan parti dan juga PRU15 akan dibincangkan bersama, kita mahu cari yang baik maka apabila kita berunding sama-sama nanti, kita akan dapat kata sepakatnya,” katanya.

Sementara itu, jelas beliau, tidak ada sebarang cadangan dalam mesyuarat MKT Umno baru-baru ini supaya lima jawatan tertinggi dalam parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu kelak.

“Kami tidak membincangkan itu, Umno parti demokrasi, siapapun boleh ingin mencabar, ramai yang mahu mencabar jawatan Presiden, Timbalan presiden, Naib Presiden, UMNO mengamalkan demokrasi yang benar-benar demokrasi, tidak macam dahulu,” katanya. FMT



Pemilihan Umno boleh buat Nov tahun depan – Tok Mat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama



‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker