MIC Lancar Briged Pemuda, Wanita Tarik Penyertaan Dan Undi Golongan Muda

MIC Lancar Briged Pemuda, Wanita Tarik Penyertaan Dan Undi Golongan Muda

MIC akan melancarkan Briged Pemuda dan Wanita,  dalam usaha menarik lebih ramai golongan muda menyertai parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden MIC Tan Sri S.A Vigneswaran berkata briged itu juga akan berperanan sebagai platform untuk mereka berkongsi pandangan dan meluahkan perasaan mengenai pelbagai perkara seperti gejala sosial, peluang pekerjaan dan sebagainya.



“Kita memang letak sasaran (penyertaan briged), setakat ini kita ada 20,000 ahli MIC dan dengan adanya briged ini nanti, kita harap dapat tarik lebih ramai (penyertaan).



“Kalau boleh satu ahli boleh bawa tiga lagi individu untuk sertai briged ini dan kita harap ia boleh bertambah kepada kira-kira 60,000 ahli,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan Dewan Kuil Sri Maha Saraswathy di sini hari ini.

Vigneswaran berkata pelancaran briged itu juga selari dengan pelaksanaan pengundi 18 tahun (Undi 18).

“Briged ini merupakan satu program yang berstruktur dan kita akan pastikan ia sentiasa digerakkan dan bukan hanya untuk persediaan PRU15 sahaja,” katanya.

Sementara itu, ditanya sekiranya perbincangan mengenai pembahagian kerusi PRU15 sudah bermula, beliau berkata perkara itu sedang berjalan.



“Kita memang ada berbincang supaya penyelarasan pembahagian kerusi dibuat awal, jadi calon-calon dapat diberi masa untuk bekerja.

“Namun buat masa ini, belum ada bilangan (calon), kerana yang paling mustahak adalah kerusi mana yang kita boleh menang,” katanya.

MIC Lancar Briged Pemuda, Wanita Tarik Penyertaan Dan Undi Golongan Muda

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker