Sudah tercampak keluar kereta, digilis pula

Sudah tercampak keluar kereta, digilis pula

Seorang wanita tercampak keluar selepas kereta dipandu suaminya terbabas sebelum digilis kenderaan lain, dalam kemalangan di Kilometer 130, Jalan Raya Timur Barat, Jeli.

Ketua Polis Daerah Jeli Ahmad Arifin, berkata dalam nahas pada 11.30 pagi itu, mangsa, Kamariah Wahab, 47, dilaporkan maut di tempat kejadian.



Beliau berkata, sebelum kemalangan berlaku, mangsa bersama suami dan tiga anak menaiki kereta Proton Wira dari arah Gerik, Perak.

“Sebaik tiba di lokasi, kenderaan itu hilang kawalan ketika melalui satu selekoh dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Proton Wira itu melanggar Toyota Vios dan Perodua Alza yang datang dari hadapan. Akibat daripada pelanggaran itu, mangsa tercampak keluar daripada kereta lalu digilis Perodua Alza, manakala Proton Wira dinaiki mereka terbakar,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Arifin berkata, tiga anak dan suami mangsa, Abd Razak Shalleh, 70, bagaimanapun berjaya keluar daripada kenderaan terbakar itu.



Suami mangsa dilaporkan parah, dengan tiga anak, Siti Razanah Abd Razak, 18, cedera ringan, manakala Nur Hafeza, 16 serta Nur Zahira, 10, bengkak di lutut kanan.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli Adni Ibrahim, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.37 pagi dengan lapan pegawai serta anggota bergegas ke lokasi.

“Kami difahamkan mangsa dan keluarganya dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah dan ingin ke Kuala Krai.

Sudah tercampak keluar kereta, digilis pula




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama



‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker