Kajian di tapak tengkorak prasejarah pada Februari depan

KANGAR – Kajian di tapak penemuan fosil tulang dan tengkorak manusia dipercayai dari zaman prasejarah berusia antara 5,000 hingga 10,000 tahun di Bukit Keteri, Chuping dekat sini akan dilakukan Jabatan Warisan Negara (JWN) pada Februari tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Asmaiza Ahmad berkata, kajian tersebut juga dijalankan secara serentak dengan penemuan lukisan dinding gua zaman proto sejarah di Gua Semadong.

Katanya, tindakan selanjutnya oleh kerajaan negeri adalah sama ada membenarkan kawasan tersebut diwartakan atau mengambil hasil penemuan tersebut untuk dipelihara dan dijaga di tempat lain.



“Kalau mereka jumpa banyak lagi artifak di situ, mungkin kerajaan negeri akan mengambil dan mewartakan kawasan tersebut.

“Sekiranya banyak penemuan yang dijumpai, sekurang-kurangnya berbaloi untuk diwartakan kawasan itu dan dibuat galeri,” katanya ketika ditemui pada hari kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis (Mesyuarat Bajet 2022) di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Kangar di sini hari ini.

https://mykmu.net/2021/12/08/najib-razak-menjunjung-prinsip-keadilan-dan-kebebasan-mahkamah/

Bagaimanapun, kata beliau, sekiranya penemuan yang ditemui tidak banyak, pihaknya akan meminta JWN untuk mengambil artifak itu dan membawanya ke tempat lain atau ke muzium di negeri ini iaitu Muzium Kota Kayang.



“Apa pun, semua keputusan akan dibuat berdasarkan laporan oleh JWN yang dijangka mungkin memakan masa untuk kajian itu dijalankan,” ujarnya.

Pada Oktober lalu, JWN mengumumkan penemuan penemuan fosil tulang dan tengkorak manusia dianggarkan dari zaman prasejarah berusia antara 5,000 hingga 10,000 tahun di kawasan di Bukit Keteri, Chuping.

Turut ditemui adalah lukisan dinding gua zaman proto sejarah di Gua Semadong dan kedua-dua lokasi tersebut telah dicadangkan untuk diwartakan. – K! ONLINE

Kajian di tapak tengkorak prasejarah pada Februari depan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ambank Bayar Denda Pada Kadar Diskaun Sebagai Upah Aniaya Najib?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker