Ambank Bayar Denda Pada Kadar Diskaun Sebagai Upah Aniaya Najib?

Oleh Nurul Aisyah

PENGANIAYAAN terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak(DSN) sedang disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia khasnya dan seluruh dunia khasnya. Kerajaan Pakatan Harapan(PH-Mahathir) dan Perikatan Nasional(PN-Muhyiddin) dikatakan menyembunyikan banyak fakta penting semata-mata untuk menzalimi DSN.

Banyak lagi bukti-bukti yang akan muncul satu persatu untuk membersihkan nama DSN. Oleh itu PH dan PN sedang terdesak untuk memastikan DSN dijatuhkan hukuman secepat mungkin. Fakta-fakta yang memihak terhadap DSN sedaya upaya disorokkan dan dinafikan daripada pasukan pembelaan beliau dan dari mahkamah.



Menurut sumber, satu lagi rahsia besar telah didedahkan. Siasatan SPRM cuba disorokkan dari pengetahuan orang ramai berkenaan diskaun yang sangat banyak ke atas denda yang diberikan kepada AmBank untuk melindungi reputasi dan kredibiliti AmBank sebagai saksi terhadap Najib Tun Razak.

Berdasarkan dokumen 14 halaman di bawah , banyak maklumat baharu yang setakat ini belum didedahkan. Dokumen ini ditanda RAHSIA dan dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) namun ianya telah mula tular di media sosial.

Laporan SPRM ini mendedahkan bahawa AmBank telah terlibat dalam skandal 1MDB dan sepatutnya membayar denda RM5 bilion. Walau bagaimanapun, untuk melindungi reputasi dan kredibiliti AmBank sebagai saksi terhadap Najib Tun Razak, adalah disyorkan agar AmBank diminta membayar balik kurang daripada RM1 bilion.

Cheah Teck Kuang merupakan Pengarah Urusan dan penasihat AMMB Holdings. Cheah yang mendapat kelulusan daripada Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, untuk Najib membawa RM2.6 bilion ke dalam negara dan untuk wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.



Oleh itu, RM2.6 bilion telah dibawa masuk ke Malaysia dengan pengetahuan penuh dan persetujuan awal daripada Gabenor Bank Negara sendiri. Dan sebelum memberi kelulusannya, Zeti telah melakukan usaha wajar terhadap sumber dana untuk memastikan wang itu tidak diperoleh secara haram.

Nor Mohamed Yakcop turut disebut dalam laporan ini. Nor Mohamed adalah menteri EPU yang bertanggungjawab melakukan usaha wajar terhadap SRC International. Laporan SPRM berkata, Nor Mohamed memperoleh RM85 juta daripada tawaran Sukuk 1MDB 2009, yang disembunyikannya dalam akaun proksi di Singapura.

Penglibatan suami Zeti, Tawfiq Ayman dengan Jho Low dan jumlah wang yang diterimanya juga didedahkan.

Malah, bekas Peguam Negara Tommy Thomas mengisytiharkan bahawa Zeti dan suaminya telah memudahkan atau membantu rompakan dana 1MDB. Dalam erti kata lain, apa yang dimaksudkan oleh Tommy Thomas ialah Zeti menjadikan pencatur kepada semua kemungkinan tersebut.



Bagaimanapun, Tommy Tomas berbohong apabila beliau berkata SPRM masih belum menyelesaikan siasatan mereka semasa beliau menjadi Peguam Negara. Menurut SPRM, laporan di bawah telah pun disiapkan pada 2019 pada zaman kerajaan Pakatan Harapan dan ketika Tommy Thomas menjadi Peguam Negara.

Sehingga ke hari ini, tiada tindakan diambil terhadap Zeti dan Mahathir? Bukti sudah ada. Bukti bukan satu atau dua. Dengan jumlah bukti yang banyak tersebut, Zeti masih belum didakwa. Di mana keadilah terhadap DSN? Rakyat masih bertanya dan masih belum diberi jawapan.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker