Graduan Unimas, gadis kental ternak lebih sejuta ikan keli

Graduan Unimas, gadis kental ternak lebih sejuta ikan keli

KUALA NERANG – Seorang gadis yang merupakan graduan Universiti Malaysia Sarawak ­(Unimas) tidak kekok untuk mengusahakan kolam ternakan ikan keli di Kampung Tok Salam, Kubang Kenyeng di sini sejak tiga tahun lalu.

Menurut Nur Atikah Amran, 24, dia kini menternak kira-kira sejuta ekor ikan keli dalam lapan kolam di kawasan seluas kira-kira 2.5 hektar.

“Saya menceburi bidang ini bagi menyahut cabaran bapa, Amran Shamsuddin ( 50).

“Sebagai anak kampung, saya tidak kekok untuk turun ke dalam kolam ikan dan disengat ikan selain terpaksa ‘bermain’ lumpur serta berhadapan de­ngan lintah,” katanya.

Kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Gunaan dan Kreatif itu, dia gembira kerana akhirnya dapat mengusahakan lapan kolam ternakan ikan.

“Empat kolam diusahakan bapa sebelum ini dan selepas saya ambil alih, sebanyak empat lagi kolam tambahan berjaya dibina,” ujar anak kedua daripada lima beradik itu.

Ujarnya, dia memasarkan antara 600 hingga 700 kilogram ikan keli dengan harga RM4.20 sekilogram setiap hari di sekitar Kuala Nerang, Pokok Sena, Alor Setar, Jitra dan Kuala Ketil,” katanya.

Tambahnya, dia pernah melalui pengalaman pahit apabila kolam ikan keli itu dilanda banjir.

“Saya kerugian hampir RM200,000 selepas ikan keli terlepas keluar ke tali air serta sawah berdekatan.

“Kejadian itu tidak mematahkan semangat saya meneruskan kerjaya sebagai penternak ikan keli, malah akan membina lima kolam lagi bagi menampung permintaan hasil ternakan itu yang semakin meningkat,” katanya. K Online

Graduan Unimas, gadis kental ternak lebih sejuta ikan keli


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021

Tolak cinta, kereta dibakar [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker