Wanita dakwa lihat UFO bersinar cahaya oren

LONDON  – Seorang wanita di Britain mendakwa bahawa dia melihat objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dikawal oleh makhluk asing,  terbang rendah pada jarak cuma 2.4 meter darinya , lapor akhbar Daily Star semalam..

Caron Ara terlihat cahaya pelik di langit ketika berbasikal menyusuri jalan berpagar pada waktu petang di Wiltshire, England pada September lalu.

Caron mula merakam kejadian itu menggunakan kameranya, lapor akhbar Bristol Live.



‘’Saya sudah biasa melihat perkara aneh di langit. Saya tahu ia sesuatu yang pelik. Agak mengecewakan kerana saya merakam dalam keadaan menggigil.

‘’Saya melihat mereka berkumpulan, mungkin ada 15 UFO,’’ katanya.

Caron mendakwa bahawa dua objek terbang itu datang ke arahnya.

Lelaki tidak sedar rakam gambar UFO



‘’Kapal angkasa itu bergerak di belakang pokok dan berlegar di atas tanah, kira-kira 2.4 meter dari saya.

‘’Ia sangat kecil, mungkin hanya berketinggian 0.9 meter, berbentuk rata dan lebar, serta kelihatan ringan. Tiada bunyi kedengaran, tetapi cahaya oren yang saya rakam adalah sumber tenaga yang menggerakkan kapal angkasa itu,’’ jelasnya.

Menurut Caron, dia terus menutup matanya apabila kapal angkasa itu mengeluarkan sejenis pancaran inframerah ke arahnya. Objek itu tidak kelihatan lagi setelah dia membuka matanya.



Cahaya oren itu adalah yang serupa dirakam beberapa penduduk di timur Bristol pada awal musim panas lalu. – Agensi

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Juruterbang rakam kelibat 12 UFO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker