‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’
PETALING JAYA – Pelakon dan model sensasi, Alicia Amin mendedahkan, dia tidak mempunyai masalah untuk melakonkan watak ‘daring’ andai perkara tersebut bertujuan demi menyampaikan mesej kepada penonton.
Alicia atau nama lengkapnya, Raja Alicia Raja Amin berkata, kadang-kadang, perihal itu dibatasi budaya industri lakonan tempatan yang bersifat tidak terbuka untuk keluar dari kepompong lazim perkara terbabit.
“Masa pengambaran nak ‘shoot’ seksi itu dan ini, tapi realitinya, saya macam ‘alamak, saya sendiri pakai lagi seksi keluar dengan suami’
“Kalian sendiri tahu, Ahli Lembaga Penapisan Filem (LPF) bila nak keluar (filem atau drama), ‘baju ini pendek sangat, bahagian (badan) ini tak boleh nampak’.
“Membina kerjaya di Malaysia, saya tak bimbang sangat pasal sama ada kita boleh atau tak boleh (beraksi seksi). Kadang-kadang, orang kita ‘ambitious’ (pasang impian tinggi) dan saya sukakannya.
“Kalau tanya saya sama ada saya bersifat terbuka membawakan watak atau beraksi seksi demi projek lakonan, saya tiada masalah kalau itu untuk tujuan menyampaikan mesej secara lebih berkesan kepada penonton,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.
Alicia, 26, berkata demikian ketika ditemui media pada sesi fotografi bersempena dengan sidang media acara berprestij, Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang dijadualkan berlangsung 10 Disember ini.
Mengambil contoh drama bersiri Euphoria yang dijayakan pelakon antarabangsa, Zendaya, Alicia menjelaskan, apa yang ditonjolkan pelakon itu atas nama seni adalah satu budaya kerja yang barangkali boleh dipraktikkan di negara ini.
“Lakonan dia mungkin mengganggu (dari segi seksual dan sebagainya) tetapi barangkali itulah kunci jalan cerita. Ia dijayakan demi untuk menyampaikan mesej kepada penonton.
“Macam dunia peragaan juga. Apa baju yang kita peragakan bukan mencerminkan diri kita yang sebenar. Kita peragakan (baju) mewakili jenama dan pereka fesyen.
“Kalau orang fikir ‘soft porn’ disebabkan apa yang kita bawa dalam projek lakonan, kalian sendiri sedia maklum tentang hal itu. Projek drama yang divisualkan dengan indah, ada babak seks tapi bila fikir balik, kalau tiada semua itu (babak berani dan seksi), mesej ingin diberikan kepada penonton mungkin tak sampai,” kata pelakon filem Salina itu. – K! ONLINE
‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’
Baca Artikel Menarik:
- Saya bersumpah atas nama Allah – Najib
- Pasukan Khas siasat buku Tommy Thomas
- Drama bertama gay, keluarga Danish serah pada peguam
- Di Malaysia pecah rumah, di Indonesia rompak bank
- Dah macam budak suruhan PPBM
- Kanser Elyana sudah hilang
- Pembunuhan karakter bukan pembunuh biasa-biasa
- Sikap Pas akan memenangkan UMNO
- Ahmad Fadhli, belajarlah hormati UMNO
- Abang polis pun kena (Video)
- Juruterbang rakam kelibat 12 UFO
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.