Hanya 87 kes dari 5020 kes kategori tiga hingga lima
PUTRAJAYA – Sebanyak 5,020 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui kenyataan pada Rabu memaklumkan, daripada jumlah itu, 87 kes ialah kategori tiga hingga lima dan 4,933 kes atau 98.3 peratus lagi merupakan kategori satu serta dua.
Menurutnya, jumlah terkumpul kes positif Covid-19 ialah 2,673,019 kes.
“Sebanyak17 kes import membabitkan 14 rakyat tempatan dan tiga warga asing turut dilaporkan.
“Jumlah penularan dalam negara pula ialah 5,003 kes melibatkan 4,784 rakyat tempatan dan 219 warga asing,” katanya.
Tambah beliau, terdapat 428 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 159 pesakit memerlukan bantuan mesin pernafasan manakala bilangan kes sembuh ialah 4,525 dengan jumlah kumulatif, 2,581,395 kes.
Beliau turut memberitahu, sebanyak 13 kluster baharu dikenalpasti menjadikan jumlah keseluruhannya, 6,005 kluster.
“Sebahagian, 5,760 daripadanya telah diisytiharkan tamat manakala 245 lagi masih aktif,” katanya.
Dalam pada itu, Perlis terus kekal tertinggi mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) iaitu 1.13 diikuti Labuan (1.06), Melaka dan Pulau Pinang (1.03), Negeri Sembilan (1.01) dan Pahang (1.0).
Kuala Lumpur (0.99), Perak, Selangor dan Terengganu (0.98), Johor (0.97), Kedah (0.96), Kelantan (0.95), Sabah (0.90), Putrajaya (0.87) dan Sarawak (0.71).
Nilai Rt Malaysia ialah 0.99.
Hanya 87 kes dari 5020 kes kategori tiga hingga lima
Baca Artikel Menarik:
- Saya bersumpah atas nama Allah – Najib
- Pasukan Khas siasat buku Tommy Thomas
- Drama bertama gay, keluarga Danish serah pada peguam
- Di Malaysia pecah rumah, di Indonesia rompak bank
- Dah macam budak suruhan PPBM
- Kanser Elyana sudah hilang
- Pembunuhan karakter bukan pembunuh biasa-biasa
- Sikap Pas akan memenangkan UMNO
- Ahmad Fadhli, belajarlah hormati UMNO
- Abang polis pun kena (Video)
- Juruterbang rakam kelibat 12 UFO
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.