Adik penggal kepala kakak kerana kahwin lari

Adik penggal kepala kakak kerana kahwin lari

Seorang remaja di India dilaporkan membunuh kakaknya yang hamil dengan memenggal kepalanya demi menjaga maruah keluarga selepas gadis itu didakwa kahwin lari.

Lapor Daily Star, menurut jiran, remaja lelaki berusia dalam lingkungan 17 atau 18 tahun itu kemudiannya berswafoto dengan kepala mangsa yang dipenggal.

Susulan kejadian mengerikan itu, remaja berkenaan bersama ibunya, Shobhabai Mote ditahan polis untuk disiasat.

Mangsa yang dikenali sebagai Kirti Thore, 19, dibunuh di kampung Ladgaon di Aurangabad pada Ahad lalu selepas didapati melarikan diri dan berkahwin dengan lelaki bukan pilihan keluarganya.

Ketika kejadian, Mote dan anak lelakinya pergi berjumpa Kirti di rumahnya yang terletak bersebelahan dengan ladang milik keluarga suaminya.

Menurut jurucakap polis, Kailash Prajapati, remaja itu menyerang Kirti dari belakang dengan menggunakan sabit manakala ibunya pula memegang kaki mangsa.

Remaja itu kemudian memenggal kepala kakaknya sebelum membawanya keluar dari rumah berkenaan.

“Mangsa ketika itu sedang bekerja di ladang bersama ibu mertuanya. Selepas melihat ibu dan adiknya datang, dia meninggalkan kerjanya dan bergegas menyambut mereka.

“Kirti kemudian ke dapur untuk membancuh teh bagi keluarganya dan ketika itulah adiknya menyerangnya dari belakang dan memenggal kepalanya,” katanya.

Jelas Kailash, ketika kejadian, suami Kirti yang sakit sedang berehat di dalam bilik dan dia terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi bising sebelum mendapati isterinya sudah dipenggal.

Suspek juga cuba membunuh abang iparnya, namun lelaki itu sempat melarikan diri.

“Remaja itu keluar dari rumah sambil memegang kepala kakaknya yang terputus sebelum menyerah diri kepada polis,” ujarnya. Utusan

Adik penggal kepala kakak kerana kahwin lari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen

Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker