Lelaki cuba samun wanita ditahan
PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam cubaan samun dan mencederakan wanita warga asing di Seksyen 4 di sini, kelmarin.
Lelaki itu ditahan kira-kira pukul 10 malam selepas 10 jam melakukan jenayah itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita warga asing yang berusia 50 tahun pada pukul 12.28 tengah hari yang memaklumkan cedera ditoreh di pergelangan tangan oleh lelaki terbabit.
“Susulan itu, suspek yang berusia 32 tahun ditahan di kawasan tempat letak kereta di Taman Sri Manja pada pukul 10 malam.
“Ketika ditahan, suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri namun ditahan polis,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Menurut Mohamad Fakrudin, soal siasat mendapati suspek mengaku melakukan samun dengan mengacukan pisau kepada mangsa namun tidak sempat mengambil barang kerana diperhatikan orang awam di tempat kejadian.
“Suspek kini ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.
Difahamkan, suspek memiliki 16 rekod jenayah lampau termasuk kes dadah.- UTUSAN ONLINE
Baca Artikel Menarik:
- Datuk remaja curi tabung masjid yang suruh lapor kepada polis
- Baby Shark catat 10 bilion tontonan
- Unboxing isteri: Amy mengaku salah tapi…..
- Puteri Balqis didoakan mati cepat
- Khairuddin digugur daripada AJK PAS setelah 2 bulan dilantik
- Annuar tak hadir mesyuarat, tapi beri kenyataan wakili MKT – Shahrir
- Pensyarah dipenjara selepas tukar gred peperiksaan dengan seks
- Biodata Artis Jasmine Suraya Chin. Profail dan Latar Belakang
- Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
- Abu Syafiq Dakwa Muhyiddin Yassin Tidak Divaksin Ketika Tunaikan Umrah
- Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.