Kerajaan kaji mekanisme Jaringan Keselamatan Ekuiti – Ismail

Sebaran :

Kerajaan kaji mekanisme Jaringan Keselamatan Ekuiti – Ismail

Kerajaan sedang mengkaji mekanisme Jaringan Keselamatan Ekuiti (ESN) bertujuan memastikan saham dipegang agensi bermandat Bumiputera, kekal di dalam kelompok syarikat Bumiputera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mekanisme itu akan diperhalusi supaya dapat mencapai ekuiti dan nilai Bumiputera tanpa memberi kesan terlalu besar kepada daya saing agensi berkaitan dalam urusan pelaburan mereka.

“Kerajaan komited meningkatkan pembabitan perniagaan Bumiputera dalam projek nasional berskala besar serta mengkaji dasar perolehan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta isu berkaitan ekuiti korporat Bumiputera yang masih jauh dari sasaran 30 peratus.



“Sehubungan dengan ini, kerajaan sedang mengkaji mekanisme Jaringan Keselamatan Ekuiti (ESN) bertujuan memastikan saham dipegang agensi bermandat Bumiputera kekal di dalam kelompok syarikat Bumiputera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pelancaran Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini. BH

Kerajaan kaji mekanisme Jaringan Keselamatan Ekuiti – Ismail


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *