Mahathir Dan Muhyiddin Rosakkan Reputasi Sistem Keadilan Malaysia

Oleh Nurul Aisyah

APABILA Mahathir melantik Zeti jadi Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Muhyiddin mengekalkannya walaupun setelah kerajaan Mahathir tahu kes Tawfiq Ayman, suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz pada tahun 2019 dimana ketika itu Mahathir adalah Perdana Menteri dan Muhyiddin Menteri Dalam Negeri maka rakyat dapat melihat bahawa Mahathir dan Muhyiddin telah merosakkan sistem keadilan Malaysia.

Malah ramai yang berpendapat Mahathir adalah perancang utama dalam jenayah yang dilakukan oleh Zeti dan suami beliau. Tambahan pula, kini Mahathir dan Muhyiddin sekadar “membisu” berhubung dana berkaitan 1MDB diperoleh semula dari Singapura yang disimpan syarikat milik suami Zeti Akhtar Aziz pada 2019.



Katanya sehingga kini tiada sebarang kenyataan daripada dua bekas Perdana Menteri itu berhubung perkara terbabit.

Menteri Undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar mendedahkan kerajaan Mahathir tahu kes Tawfiq Ayman, suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz pada tahun 2019. Ketika itu Mahathir adalah Perdana Menteri dan Muhyiddin Menteri Dalam Negeri.

Namun Mahathir tetap melantik Zeti jadi Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) seolah-olah ia adalah imbuhan kerana bersekongkol dengan beliau. Perkara itu turut menyebabkan nama baik Bank Negara terjejas apabila maklumat Singapura kepada BNM tahun 2015 disorokkan oleh Zeti.

Mahathir dan Muhyiddin sering melaungkan kononnya mereka menentang kleptokrasi namun hakikatnya mereka hanya membisu dalam kes membabitkan Zeti itu.



Sebelum ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan syarikat milik suami kepada Zeti.

SPRM memaklumkan sehingga kini ia berjaya mendapatkan semula aset dan dana berkaitan 1MDB membabitkan nilai RM20.5 bilion, termasuk pemulangan semula aset bernilai USD15.4 juta (RM64.4 juta) melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd, dikatakan milik Tawfiq dan Samuel Goh.

Tawfiq yang juga menjadi saksi pendakwaan kes 1MDB terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak, sebelum ini disoal siasat polis berhubung kaitannya dengan dana 1MDB, namun tiada perkembangan baharu berkenaan siasatan itu dilaporkan. Kenapa tiada tindakan lanjut dalam perkara ini.

Adakah Zeti kebal dari tindakan undang-undang atas arahan Mahathir? Rakyat mendesak agar siasatan lebih telus dilakukan terhadap Zeti, Mahathir dan Muhyiddin. Mereka juga mahu Najib yang tidak bersalah dan dilihat menjadi mangsa penganiayaan politik oleh Mahathir dan Muhyiddin dibebaskan. Ini sangat penting memandangkan ekonomi negara sangat-sangat bergantung kepada kebijaksanaan Najib. Akhirnya rakyat tahu bahawa hanya Najib dapat selamatkan Malaysia.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker