Skandal Bekas Gabenor: Hanya tinggal satu jalan untuk Zeti Aziz
BELALANG bukan nak kata apa tapi kadang kala cara kita kendali beberapa kes berprofil tinggi memakan masa terlalu lama hinggakan ada yang berpandangan ia menjadi tidak adil kepada orang yang kena siasat dan juga tidak adil kepada masyarakat umum.
Kes yang tiada jalan penyelesaian atau tidak dibawa ke muka pengadilan hanya terdedah kepada pelbagai spekulasi, khabar angin dan gosip liar. Ia ibarat gantung tidak bertali.
Masyarakat umum pula ternanti-nanti apakah permulaan dan kesudahan kes tersebut.
Terlalu banyak yang dah kita saksikan siasatan atau perbicaraan kes berprofil tinggi masih belum selesai mahupun bermula walaupun ia diperkatakan sejak bertahun-tahun dahulu.
Antara yang Belalang nak sentuh secara spesifik di sini ialah kes 1MDB yang dikaitkan dengan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, suami serta anak-anaknya.
Selagi kes mengenai mereka tidak dibawa secara rasmi ke muka pengadilan maka selagi itulah ia menjadi bahan percakapan dan spekulasi ramai hinggakan ke tahap ia menjadi bahan ejekan dan bahan ketawa di media sosial.
Dari sudut itu, ia tidak adil untuk Zeti.
Namun imej beliau yang tidak pernah tercalar sebelum ini malah mencatatkan sejarah sebagai wanita pertama menduduki kerusi Gabenor Bank Negara kini berada di persimpangan jalan.
Segala-galanya berpunca daripada kontroversi yang terpalit oleh skandal 1MDB yang dikaitkan dengan suami dan anak-anaknya.
Isu ini kembali menjadi bualan ramai selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerusi satu kenyataan baru-baru ini bahawa RM65 juta wang yang dikaitkan dengan 1MDB telah dikembalikan kepada Malaysia oleh Singapura.
Wang ini dirampas dari sebuah syarikat di Singapura milik “suami kepada bekas Gabenor Bank Negara”.
Walaupun tiada nama yang disebut dalam kenyataan oleh SPRM tapi semua orang tahu, siapa yang dimaksudkan.
Sebelum itu, sekitar bulan Mac lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob sendiri telah mengesahkan yang suami Zeti, Datuk Dr Tawfik Ayman, sedang disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram.
Yang menjadi pertanyaan ramai ialah, mengapa siasatan ke atas Zeti dan ahli keluarganya mengambil masa yang terlalu lama dan perlahan.
Orang telah bercakap mengenainya sejak tahun 2019 lagi. Dah dua tahun berlalu tetapi kes ini masih terumbang ambing dan kes ini masih belum dibawa ke mahkamah.
Dakwaan tanpa caj ini bukan sahaja mencemarkan imej Bank Negara tetapi Zeti sendiri yang namanya berada di atas setiap helaian wang kertas Ringgit Malaysia.
Bukanlah menjadi rahsia lagi bahawa pihak berkuasa Singapura telah memaklumkan kepada Bank Negara seawal tahun 2015 dan kemudian sekali lagi pada 2016 berkaitan transaksi yang mencurigakan daripada akaun yang dikaitkan dengan Jho Low ke syarikat milik suami Zeti dan kemudian salah seorang anak lelaki mereka.
Tidak lama selepas itu, lebih kurang setahun kemudian, Zeti pun bersara sebagai Gabenor Bank Negara.
Kesimpulannya, masyarakat inginkan penjelasan apakah Zeti sebagai Gabenor Bank Negara menyedari urusan bisnes suami dan anaknya dengan Jho Low dan jika beliau tahu, di manakah garis pemisah yang membezakan beliau sebagai isteri dan ibu serta beliau sebagai Gabenor Bank Negara.
Yang dikhuatiri ialah garis pemisah itu sangat kelabu atau tidak wujud langsung.
Atau konflik kepentingan itu sudah bercampur aduk dengan tugas rasmi beliau sebagai seorang regulator.
Zeti sendiri pada awal tahun ini menafikan sekeras-kerasnya penglibatan keluarganya dalam isu ini dan menyifatkan laporan media berkaitan skandal ini sebagai tidak benar.
Bagaimanapun pendedahan terbaru yang dibuat oleh SPRM menceritakan sebaliknya.
Hanya ada satu jalan sahaja untuk Zeti membersihkan namanya dan jalan itu ialah pihak berkuasa menyelesaikan siasatan ini secepat mungkin dan kemudian memutuskan ada kes atau tidak untuk dibawa ke muka pengadilan.
Belalang – Percaya dan yakin akan sistem keadilan kita
Skandal Bekas Gabenor: Hanya tinggal satu jalan untuk Zeti Aziz
Baca Artikel Menarik:
- Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
- Emma Maembong masih berkawan dengan bekas kekasih
- Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember
- Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik
- Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia
- Siang bawa mayat, malam angkut sampah
- Penternak ayam ‘selesa’, peniaga yang tersepit
- Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan
- Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan
- Datuk Paiman akhirnya ke penjara 13 tahun
- Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tommy Thomas Admits Zeti Should Be Charged, So What Are We Waiting For?
You must be logged in to post a comment.