32 pelajar, pensyarah KMNS positif Covid-19
32 pelajar, pensyarah KMNS positif Covid-19
Seramai 32 pelajar dan pensyarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) di sini disahkan positif Covid-19, sejak semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap berkata, ketika ini Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Pilah juga telah mengisytiharkan institusi tersebut sebagai kawalan secara pentadbiran.
“Seramai 32 pelajar dan pensyarah telah didapati positif Covid-19 dan dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Tampin semalam.
“Segala pergerakan masuk dan keluar kolej dalam tempoh ini adalah tidak dibenarkan. Kami juga telah meletakkan anggota polis dan Rela di kawasan berkenaan,” katanya hari ini.
Sementara itu, menurutnya, seramai 523 orang pelajar dan pensyarah telah menjalani ujian saringan Covid-19 sejak 18 November lalu sehingga kelmarin.
“Seramai 105 orang yang merupakan kontrak rapat sedang dikuarantin di kolej tersebut sehingga mendapat keputusan ujian saringan Covid-19,” katanya yang memberitahu jangkitan kes Covid-19 di situ telah dinamakan sebagai Kluster Intan Delima 2.0. K Online
32 pelajar, pensyarah KMNS positif Covid-19
Baca Artikel Menarik :
- Tempat Viral Tengok Kapal Terbang Ditutup
- Lelaki beli Lamborghini, Rolex guna dana bantuan Covid-19
- Nadia Brian tak tolak kalau dah jodoh
- JDT kalah bagus sebagai wake up call – TMJ
- Dakwa adik dipukul di kem, hubungi saya segera – Hishammuddin
- 445 pelajar berhenti sekolah untuk kahwin
- 7 Beautiful Gems In Malaysia You Confirm Wanna Bookmark For Your Next Trip
- Air banjir jernih seperti kolam (Video)
- Suami cekup isteri bersekedudukan bersama lelaki lain
- Pantun sindir JDT Sanusi curi tumpuan
- Mengapa Manusia Selepas Adam Diciptakan Dari Air Mani Dan Bukan Tanah
Layari Laman Facebook MYKMU
‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah
You must be logged in to post a comment.