Pemandu airasia ride dapat baucar tukar kereta Carsome

Pemandu airasia ride dapat baucar tukar kereta Carsome

Perkhidmatan seru pandu airasia Super App, airasia ride bekerjasama dengan Carsome memperkenalkan kempen ‘Buy Your Next Ride’ yang menawarkan faedah kepada pemandu perkhidmatan itu yang ingin menaik taraf atau menggantikan kenderaan.

Ketua Pegawai Eksekutif airasia ride, Lim Chiew Shan kerjasama itu akan membolehkan setiap pemandu airasia ride menerima baucar RM600 untuk membeli kenderaan selain diskaun sedia ada, serta perkhidmatan selepas jualan percuma selama dua tahun.



Selain itu, katanya, pemandu yang memilih untuk menjual kenderaan mereka layak mendapat rebat tetap sebanyak RM1,000.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Carsome bagi memberi ganjaran kepada pemandu untuk memberikan pengalaman terbaik kepada mereka dan penumpang.

“Kami berharap pemandu akan mengambil peluang ini untuk mendapatkan tawaran yang lebih baik untuk pembelian kenderaan baharu atau menukar kenderaan semasa mereka untuk yang lebih baik.

“Kami juga menggalakkan individu yang ingin memulakan kerjaya dengan airasia ride atau ingin menjana pendapatan sampingan melalui perkhidmatan e-panggilan baharu ini untuk menghubungi kami,” katanya dalam satu kenyataan.



Chiew Shan berkata, keutamaan utama airasia ride adalah untuk memastikan pemandu bukan sahaja layak untuk bertugas tetapi yang paling penting bekerja dengan hati kerana kenderaan adalah punca rezeki mereka.

“Justeru, industri ini bersedia untuk memastikan pemandu senang hati, seterusnya menjadikan pelanggan turut berpuas hati. Pemandu kami memperoleh 85 peratus daripada tambang, menjadi kadar komisen tertinggi dalam industri ini,” katanya.

Selain itu, katanya, airasia ride melaksanakan sistem yang tidak mendenda pemandu jika mereka tidak menerima pelanggan, tetapi memberi ganjaran kepada mereka yang menyelesaikan lebih banyak pemanduan dan memberi lebih kebebasan kepada mereka.

“Ini dapat mengurangkan tekanan di jalan raya dan pada masa yang sama, meningkatkan prestasi mereka. Kami menganggap pemandu bukan sebagai kakitangan tetapi sebagai rakan kongsi yang menyediakan penumpang kami perkhidmatan pada nilai terbaik.



Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carsome, Eric Cheng, berkata selain baucar diskaun dan perkhidmatan selepas jualan percuma, semua kenderaan yang diperakui oleh

platform e-dagang kenderaan terbesar di Asia Tenggara itu disertakan dengan Jaminan Carsome.

“Kenderaan yang lulus pemeriksaan 175-mata dan turut disertakan dengan waranti setahun, jaminan wang dikembalikan selama lima hari dan harga tetap tanpa bayaran tersembunyi, seterusnya memberikan kualiti dan nilai terbaik kepada pembeli,” katanya. BH

Pemandu airasia ride dapat baucar tukar kereta Carsome




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker