Jual beli dadah melalui Telegram, 200 diberkas

Sebaran :

Jual beli dadah melalui Telegram, 200 diberkas

Dadah yang sebelum ini hanya boleh diperoleh menerusi rangkaian individu tertentu kini boleh didapatkan dengan mudah menerusi aplikasi sembang seperti Telegram.

Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura menyatakan sejak 2019, pegawai memantau bagaimana pesalah dadah menggunakan Telegram sebagai platform untuk menjual atau beli dadah dan sudah mengambil tindakan terhadap mereka.

Berita Mediacorp melaporkan, lebih 200 pesalah dadah yang menjalankan urus niaga dadah di Telegram diberkas, dan CNB merampas lebih 14 kilogram dadah ‘Ice’, 7.6 kilogram ganja, 400 gram heroin dan pelbagai jenis dadah lain yang bertukar tangan menerusi platform itu.



Dalam operasi terbaharu di merata Singapura yang menyasarkan pengguna sedemikian, seramai 50 orang disyaki pesalah dadah diberkas dan dadah dianggarkan bernilai S$20,400 dirampas, menurut CNB dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi yang dijalankan pada 16 November hingga 30 November itu meliputi beberapa kawasan termasuk Ang Mo Kio, Boon Lay, Hougang, Pasir Ris dan Punggol.

Suspek paling muda diberkas merupakan seorang lelaki, 20 tahun, yang disyaki penyalah guna dadah. Utusan

Jual beli dadah melalui Telegram, 200 diberkas




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?

Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *