Siapa ada gambar harimau jalan tersipu-sipu – Sanusi

Siapa ada gambar harimau jalan tersipu-sipu – Sanusi

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md. Nor mengucapkan tahniah atas kejayaan Kuala Lumpur City (KL City) menjulang trofi Piala Malaysia edisi ke-100 semalam.

KL City mengakhiri penantian selama 32 tahun untuk muncul juara piala berprestij itu selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah, beliau tumpang gembira bersama peminat bola sepak di negara ini dengan kejayaan skuad KL City menundukkan penyandang juara Piala Malaysia.

“Tahniah KL City, saya dan jutaan peminat bola sepak tumpang gembira,” katanya menerusi status Facebook semalam.

Tidak berakhir di situ, beberapa minit kemudian Muhammad Sanusi memuat naik satu lagi status di Facebooknya seolah-olah menyindir skuad Harimau Selatan itu.

“Sapa (Siapa) ada gambaq (gambar) rimau (harimau) jalan tersipu-sipu?” katanya yang turut disertakan dengan emoji ketawa.

Pada perlawanan akhir itu, KL City mengejutkan JDT hasil jaringan pertama hasil sentuhan Zhafri Yahya pada minit ke-66 dan diikuti jaringan kedua oleh kapten KL City, Paulo Josue pada minit ke-74.

Zhafri juga dinobatkan sebagai pemain terbaik pada perlawanan penutup tirai Liga Malaysia musim ini. Utusan

Siapa ada gambar harimau jalan tersipu-sipu – Sanusi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker