Ain fail tuntutan balas terhadap guru berhubung jenaka rogol

Sebaran :

Ain fail tuntutan balas terhadap guru berhubung jenaka rogol

Pelajar Ain Husniza Saiful Nizam dan bapanya yang berdepan saman fitnah berhubung dakwaan “jenaka rogol” oleh gurunya, bukan hanya akan membela diri tetapi turut memfailkan tuntutan balas, kata peguam mereka.

SN Nair berkata mereka akan menamakan Menteri Pendidikan, Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor dan pengetua sekolah sebagai defendan kerana didakwa cuai untuk melindungi remaja terbabit.

Nair berkata beliau telah menerima arahan daripada Ain dan bapanya, Saiful Nizam untuk memfailkan tuntutan balas terhadap gurunya, Khairul Nizam Sanuddin dan selebihnya kerana sengaja mendatangkan tekanan emosi (IIED).



Katanya, perbuatan sengaja mencetuskan IIED boleh diambil tindakan kerana Ain mengalami tekanan emosi berhubung “jenaka rogol” yang didakwa dilakukan ketika kelas pendidikan jasmani di sekolahnya di Puncak Alam, Shah Alam dan selepas kejadian itu juga.

“Mereka telah mengarahkan saya untuk memfailkan pembelaan dan tuntutan balas kerana perkara ini amat penting kerana mereka berhujah bahawa dakwaan fitnah tidak dapat dipertahankan sepenuhnya dan ia juga sama apabila pembelaan difailkan,” katanya kepada FMT.

“Secara jelasnya, kerajaan tidak boleh terlepas daripada liabiliti dalam perkara ini kerana guru berkenaan adalah seorang penjawat awam. Oleh itu, mereka bertanggungjawab bagi pihaknya.”

Khairul, 43, memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 26 Nov mendakwa Ain membuat kenyataan fitnah terhadapnya di akaun media sosialnya antara 23 dan 24 April dan dalam beberapa temu bual bersama media bermula 26 hingga 30 April.



Guru itu mendakwa kenyataan yang dibuat oleh Ain itu tersebar secara meluas dan dikongsi di media sosial.

Nair berkata Menteri Pendidikan sepatutnya mengarahkan siasatan terhadap dakwaan serius sedemikian apabila perkara itu mula timbul pada Mei 2021.

“Namun malangnya, beliau seolah-olah telah melepaskan kewajipannya dan terus berdiam diri,” katanya. FMT

Ain fail tuntutan balas terhadap guru berhubung jenaka rogol




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *