Lelaki tular curi tiang besi ditahan

Lelaki tular curi tiang besi ditahan

IPOH – Seorang lelaki yang dirakam sedang mencuri tiang besi di kawasan perumahan di sini sehingga tular di media sosial telah ditahan polis pada Ahad.

Warga tempatan berusia 41 tahun itu ditahan di sebuah bangunan kosong di Manjoi sekitar jam 12.15 tengah malam selepas polis menerima laporan daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, dalam tangkapan itu polis turut menemui beberapa barangan kes.

Menurutnya, siasatan awal menunjukkan suspek melakukan perbuatan mencuri tiang besi di sekitar kawasan Manjoi dan Jelapang.

“Semakan lanjut mendapati, suspek ini memiliki 11 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan termasuklah jenayah narkotik.

“Ujian saringan air kencing yang dilakukan mengesahkan lelaki terbabit positif dadah jenis morfin,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, lelaki itu telah ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Dalam pada itu, Yahaya berkata, terdapat dua video berkaitan kes itu telah dimuat naik ke dalam akaun Facebook bernama ‘Acai D Raja’ dan ‘Info Santai Anak Utara’ memaparkan seorang lelaki mencuri tiang besi walaupun tindakan itu telah ditegur orang awam.

“Susulan daripada video dan laporan dibuat, polis berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek.

“Polis Daerah Ipoh mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin dan tampil menyalurkan maklumat berkaitan pelakuan jenayah tersebut sehingga tertangkapnya suspek dalam masa yang singkat,” ujarnya.

Dua video berdurasi 34 saat dan satu minit lima saat itu tular di aplikasi TikTok memaparkan gelagat seorang lelaki merosakkan tiang disyaki milik syarikat telekomunikasi sambil ditegur seorang lelaki.

Difahamkan, kejadian itu masing-masing dirakam pada Khamis lalu dan Ahad. Sinar

Lelaki tular curi tiang besi ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker