Bayi faham jenaka seawal usia sebulan

LONDON – Satu kajian mendapati bahawa bayi seawal usia sebulan sebenarnya sudah mampu memahami jenaka yang dibuat oleh orang di sekeliling mereka, lapor akhbar New York Post semalam.

Kajian dilakukan oleh kumpulan penyelidik dari Universiti Bristol itu mengenal pasti 21 jenis jenaka berbeza yang boleh difahami oleh bayi bermula dari usia sebulan.

Kira-kira 50 peratus daripada bayi pula boleh melakukan demikian ketika usia dua bulan selain sekitar 50 peratus bayi mula membuat jenaka pada usia 11 bulan.

Selain itu, bayi berusia di bawah 12 bulan memberi tindak balas kebanyakannya terhadap jenaka fizikal, visual dan pendengaran.

Menurut penulis kajian dan Profesor Madya di Fakulti Pendidikan Universiti Bristol, Dr. Elena Hoicka, sosialisasi adalah penting terhadap perkembangan rasa lucu yang baik serta dapat merangsang imaginasi dan kemahiran kognitif.

“Hasil kajian kami mendapati bahawa jenaka adalah sesuatu yang kompleks serta sentiasa berkembang dalam tempoh empat tahun pertama kehidupan.

“Adalah penting untuk kita membangunkan kaedah-kaedah untuk mengenal pasti bagaimana jenaka berkembang.

“Ia adalah supaya kita boleh memahami bukan sekadar perkembangan jenaka, bahkan bagaimana ia dapat membantu kanak-kanak berfungsi secara kognitif dan sosial serta dari segi kesihatan mental,” ujarnya. – AGENSI

Bayi faham jenaka seawal usia sebulan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kerajaan tak dapat kawal Netflix

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker