Sembilan kluster baharu dilaporkan

PUTRAJAYA – Sebanyak sembilan lagi kluster baharu dikenal pasti, menjadi antara penyumbang kepada 4,879 kes jangkitan harian Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu hari ini, 24 daripadanya kes import manakala jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia mencecah 2,632,782 kes.

“Daripada 4,879 kes dilaporkan hari ini, 79 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 4,800 kes (98.4 peratus) terdiri daripada kategori satu dan dua.



“Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 5,168 kes dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,537,204 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 509 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 252 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, analisis situasi semasa jangkitan Covid-19 sehingga 27 November iaitu Minggu Epidemiologi (ME) ke-47 merekodkan, sebanyak 2,619,577 kes kumulatif Covid-19 dengan 65,978 kes aktif dan 30,280 kes kumulatif kematian.

“Penurunan nilai Rt/Ro Malaysia mulai minggu lepas telah mendatangkan kesan positif kepada kebanyakan indikator utama jangkitan Covid-19 yang kini menunjukkan trend penurunan berbanding ME ke-46.



“Namun begitu, trend peningkatan kewujudan kluster baharu pada ME ke-47 dalam semua kategori kecuali tempat kerja dan import adalah amat membimbangkan,” jelasnya. -K!ONLINE


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Menangi hadiah lumayan di McDonalds



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker