Kerajaan tak dapat kawal Netflix

Kerajaan tak dapat kawal Netflix

Kerajaan mengakui mempunyai kesulitan mengawal perkhidmatan penstriman atas talian seperti Netflix.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa berkata undang-undang hanya tertakluk kepada pihak yang mendaftar di negara ini.

“Untuk perkhidmatan internet yang global ini kita masih tiada mekanisme,” katanya menjawab soalan dalam Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, jika sesuatu kandungan didapati tidak sesuai, kerajaan hanya dapat berbincang dan membuat permohonan kepada pihak penyedia perkhidmatan.

“Itu saja boleh kita lakukan,” katanya sambil berkata masalah sama dihadapi negara lain.

Annuar bagaimanapun menegaskan kawalan kendiri boleh dibuat kerana Netflix , sebagai contoh, mengelaskan kandungan kepada beberapa kategori.

Katanya, ibu bapa juga boleh menggunakan kata laluan untuk melindungi anak-anak mereka daripada menonton filem yang tidak sesuai.

“Tetapi ini semua melalui pendekatan kendiri diri kerana kita tidak mempunyai tool.

“Dan mereka tak masuk dalam kategori-kategori tayangan dilesen bawah akta sedia ada, iaitu semua penstriman dikategorikan sebagai OTT (over-the-top) yang berpangkalan di luar negara, yang guna akses internet,” katanya.

Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) sebelum itu bertanya sama ada kerajaan mahu mengurangkan jumlah penyedia perkhidmatan penstriman atas talian susulan isu kawalan. Mk

Kerajaan tak dapat kawal Netflix


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker