Aeril minta doakan Wawa

Aeril minta doakan Wawa

Pelakon Aeril Zafrel memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan isterinya juga pelakon, Wawa Zainal yang kini menanti waktu bersalin pada bila-bila masa.

Aeril, 33 berkata, Wawa tiba-tiba mengalami kontraksi hendak bersalin pada awal pagi, hari ini.



“Pagi ini tiba-tiba bayi nak keluar (bersalin). Awal seminggu dari tarikh yang diberikan (tarikh jangkaan bersalin). Doakan semuanya selamat,” tulisnya.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, Aeril berkongsi gambar menunjukkan Wawa terbaring di atas katil hospital dalam keadaan seperti sedang menahan kesakitan.

Sementara itu, cubaan Harian Metro untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaan Wawa tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej tidak dibalas Aeril.

Perkongsian Aeril sejak pagi itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut yang tidak henti mendoakan kesihatan Wawa dan kandungan.



Malah, tidak kurang juga ada dalam kalangan pengikutnya turut berkongsi perasaan dan pengalaman menahan kesakitan ketika bersalin.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun. HM

Aeril minta doakan Wawa


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker