Pereka fesyen LV meninggal dunia

Pereka fesyen LV meninggal dunia

PARIS: Pereka fesyen terkemuka Amerika Syarikat (AS), Virgil Abloh yang juga pengarah artistik koleksi pakaian lelaki jenama mewah Louis Vuitton, meninggal dunia pada usia 41 tahun semalam kerana kanser.

Perkara itu disahkan pemilik Louis Vuitton.



Abloh adalah warga kulit hitam AS pertama dilantik sebagai pengarah kreatif bagi firma fesyen Perancis itu.

Beliau menghasilkan pakaian jalanan seperti hoodie dan kasut ke pentas peragaan.

Sebagai seorang yang berwawasan dan berperikemanusiaan, kematian beliau ternyata mengejutkan dunia apabila ramai bintang termasuk pesaing dalam dunia fesyen memberi penghormatan terakhir kepadanya.

“Kami semua terkejut dengan berita sedih ini. Virgil bukan hanya seorang pereka genius, tetapi seorang yang berwawasan, juga seorang lelaki dengan jiwa yang baik dan kebijaksanaan,” kata Ketua Eksekutif LVMH, Bernard Arnault dalam satu kenyataan.



“Keluarga LVMH bersama saya dalam detik kesedihan ini dan kami mengingati insan tersayang selepas kematian seperti suami, ayah, abang dan rakan-rakan,” tambahnya dalam kenyataan yang dimuatnaik di Twitter LVMH.

Menurut syarikat fesyen itu, Abloh bertarung dengan kanser secara bersendirian selama beberapa tahun.

Abloh dilantik sebagai pengarah artistik koleksi pakaian lelaki Louis Vuitton pada 2018.

Ibubapanya berhijrah ke AS dari Ghana.



LVMH pada tahun ini mengumumkan pihaknya mengambil majoriti saham pakaian jalanan mewah jenama Off-White yang diasaskan Abloh.

LVMH menguasai 60 peratus, manakala Abloh kekal memegang 40 peratus.

Abloh prihatin terhadap isu alam sekitar dan sosial ketika bekerja dengan Louis Vuitton, menerusi mesej antiperkauman dan antihomofobio sewaktu persembahan fesyen di Paris pada Januari lalu.

Ketika masih hidup, Abloh meluahkan hasratnya apabila beliau merancang untuk menggunakan kerjasama dengan LVMH bagi mengembangkan lagi peluang dalam kalangan pelbagai individu serta memperluas kesaksamaan serta inklusiviti dalam industri terbabit.



Antara yang berkongsi kesedihan adalah Kim Jones yang juga pengarah pakaian lelaki Dior.

“Sedih sekali mengetahui kematian Virgil, seorang yang amat baik pernah anda jumpa,” katanya.

Pesaing dari syarikat fesyen Itali, Gucci menghargai Abloh yang memberi inspirasi kepada semua pereka dan individu.

“Kematian beliau akan diingati menerusi visi yang akan hidup sepanjang perjalanan kerjayanya yang hebat,” kata Gucci menerusi Twitter. BH



Pereka fesyen LV meninggal dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)



Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker