500 usahawan sertai Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia

500 usahawan sertai Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia

Seramai 500 usahawan terdiri daripada peniaga, usahawan kecil, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan koperasi menyertai Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia selama dua hari, bermula semalam.

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, penganjuran karnival di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Rakyat selaku rakan strategik utama meneruskan agenda bagi membantu golongan usahawan sasaran yang terkesan dengan pandemik Covid-19

Antara agensi lain di bawah MEDAC yang turut serta termasuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), TEKUN Nasional, SME Corp Malaysia, Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), SME Bank, UDA Holdings Berhad, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“Karnival selama dua hari ini yang diadakan di Dewan Paya Besar, Kuantan, Pahang, merupakan antara program karnival usahawan dan koperasi pertama yang dianjurkan untuk para usahawan dan koperasi di Negeri Pahang.

“Pelbagai program yang diadakan termasuk sesi dialog, soal jawab serta sesi motivasi secara lebih dekat bersama usahawan dan koperasi,” katanya menerusi kenyataan.

Selain itu, modul latihan keusahawanan dan pemasaran perniagaan serta kemudahan klinik usahawan serta beberapa kaunter dibuka bagi menyediakan khidmat nasihat daripada agensi di bawah MEDAC.

“Program turun padang sebegini adalah antara inisiatif MEDAC dan agensinya untuk memastikan semua usahawan dan koperasi di setiap pelusuk negara sentiasa diberi pendedahan dan bimbingan bagi meneruskan perniagaan mereka dalam persekitaran ekonomi yang mencabar.

“Penganjuran karnival sebegini diharap dapat memberi pendedahan di samping meningkatkan kesedaran usahawan dan koperasi mengenai pelaksanaan program dan produk yang disediakan oleh MEDAC serta agensi di bawahnya bagi terus memperkasa sektor keusahawanan dan gerakan koperasi,” ujarnya.

Tambah Shahhar, inisiatif ini juga diambil agar pihak terus berganding bahu dalam usaha melahirkan ‘Bangsa Usahawan’ yang mana aspirasi ini dapat dicapai dengan kerjasama daripada pelbagai pihak seiiring dengan semangat Keluarga Malaysia.

Majlis perasmian penutupan karnival itu menyaksikan penyerahan pembiayaan dan sumbangan serta Sijil Pendaftaran Koperasi kepada usahawan dan koperasi termasuk pembiayaan TEKUN Nasional kepada 16 orang usahawan berjumlah RM105,000. MG

500 usahawan sertai Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker