Omicron: Wajar sekat kemasukan pengembara luar wajar

SHAH ALAM – Keputusan kerajaan menyekat kemasukan pengembara dari negara yang mempunyai varian Omicron wajar kerana kesan terhadap varian tersebut masih tidak diketahui.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman berkata, keputusan itu boleh dipertimbangkan sekiranya kesan varian tersebut telah dikenal pasti.

“Saya cenderung kepada keputusan menutup pintu negara kerana kita masih belum mengetahui kesan Omicron. Saya juga bersetuju kerajaan menggantung sementara perjalanan mereka dalam tempoh tiga atau empat minggu.



“Selepas tahu kesannya, kita boleh pertimbangkan semula untuk membuka kembali pintu negara kepada mereka. Kaedah ini lebih baik untuk kesihatan awam,” katanya.

Pada Jumaat, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan pihaknya mengenakan sekatan perjalanan dari negara ini ke tujuh negara di Afrika bermula Sabtu.

Tujuh negara berkenaan ialah Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe.

Sekatan itu dibuat susulan penularan varian baharu Covid-19 iaitu Omicron yang mempunyai 32 mutasi protein pepaku iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada varian Delta.



Pada Ahad, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau perkembangan varian baharu Omicron di negara lain sebelum membuat keputusan menyekat kemasukan pengembara dari negara berkenaan.Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mohammad Farhan Rusli pula berpendapat, langkah pencegahan lain yang boleh dilaksanakan ialah mempromosikan kesihatan.

“Apa juga varian yang ada, semuanya boleh dicegah melalui pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) terutama dengan memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan kerap menjaga kebersihan tangan,” ujarnya.

Omicron: Sekat kemasukan pengembara luar wajar


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ku Li mahu berundur daripada politik pada PRU15



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker