PM adakan lawatan kerja ke Johor esok

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Johor esok, yang merupakan kunjungan pertama beliau ke negeri itu sejak mengangkat sumpah jawatan pada 24 Nov lepas.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir menerusi satu hantaran di laman Facebook hari ini.

“Insya Allah, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sampai ke Johor esok.

“Beliau dijangka menunaikan solat Jumaat bersama dengan jemaah Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee. Moga dipermudahkan,” katanya menerusi hantaran ringkas itu.

Ahli Parlimen Tambun itu terlebih dahulu akan bertemu masyarakat setempat ketika makan tengah hari berdekatan kampung tersebut.

Kali terakhir Pengerusi Pakatan Harapan itu turun ke Johor ialah ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 awal November lepas.

Presiden PKR itu juga pernah menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Kuala Lumpur, tiga hari selepas menjadi Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker