PH Punca Abu Dhabi dan UAE Tidak Melabur Di Malaysia, Ekonomi Teruk

Oleh Nurul Aisyah

FITNAH bahawa rakyat terpaksa tanggung hutang 1MDB sebanyak RM32 bilion memang sangat melampau dan berniat jahat.

Rakyat pasti tidak lupa bagaimana Ahli Parlimen Pekan telah mengakibatkan kerajaan dan rakyat Malaysia terpaksa menanggung hutang setinggi RM32 bilion akibat kebobrokan dan kecurangan 1MDB. – Anwar Ibrahim

Tohmahan Anwar ini telah dijawab oleh Datuk Seri Najib. Malah beliau mahu Anwar pula menjawab siapa sebenarnya yang menanggung hutang 1MDB sebanyak RM32b tersebut?

Perkara yang PH dan Anwar sorokkan dari rakyat adalah hutang 1MDB sebanyak RM32 bilion ini bukan semua perlu dijelaskan sekarang. Hutang tersebut boleh dibayar sehingga tahun 2038 iaitu selaras dengan projek-projek pembangunan TRX RM40 bilion dan Bandar Malaysia RM140 bilion yang juga memerlukan masa 20 tahun untuk diselesaikan hutang dengan sepenuhnya serta menjana keuntungan besar bagi negara.

Oleh itu, dakwaan PH yang mengatakan “Rakyat tanggung hutang RM32 bilion itu” hanya pembohongan semata-mata.

Untuk makluman, Setiap sen yang didakkwa hilang dari 1MDB adalah dijamin atau dihantar kepada syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, IPIC. Dan mereka juga mengaku pegawai-pegawai tertinggi mereka sudah berkomplot dengan Jho Low untuk mempergunakan dana tersebut.

Oleh itu, kerajaan BN dahulu sudah tanda tangan perjanjian penyelesaian dengan IPIC pada tahun 2017.
Supaya syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu berjanji untuk memulangkan segala dana yang disyaki hilang sebelum 30 Disember 2020.

Tetapi akibat kebodohan dan kesombongan PH, sebaik sahaja PH menang PRU14, mereka membatalkan perjanjian tersebut sebab tidak mahu Rakyat tahu bahawa Najib sebenarnya sudah selesaikan masalah kehilangan dana 1MDB.

Sehingga hari ini, satu sen pun tidak pernah dipulangkan oleh IPIC.

Akibat kerajaan Abu Dhabi dan UAE marah dengan kita akibat pembatalan perjanjian penyelesaian serta pendedahan rakaman telefon Putera Mahkota mereka oleh pihak SPRM masa PH, satu sen pelaburan asing dari mereka tidak pernah masuk ke Malaysia sejak PRU14.

Sebaliknya, kerajaan UAE telah melabur lebih RM200 bilion ke negara jiran Indonesia.
Kenapa Anwar tak mahu bangkitkan isu ini?

DSN mempersoalkan adakah perjanjian penyelesaian antara dua negara yang membabitkan pulangan dana kepada Malaysia sehingga US$7 bilion tidak penting ke bagi PH?

Dan sekiranya Najib adalah mastermind 1MDB dan telah curi dana 1MDB, kenapa pula syarikat-syarikat seperti Goldman Sachs membayar gantirugi RM16 bilion pada Malaysia, Ambank bayar RM2.83 bilion, KPMG dan Deloittes bayar ratusan juta Ringgit kepada Malaysia?

Pembayaran ganti rugi oleh Goldman Sachs, Ambank, KPMG dan Deloittes tersebut adalah bukti bahawa Datuk Seri Najib bukan “mastermind” 1MDB dan beliau tidak mencuri dana 1MDB.

Hakikatnya rakyat tidak pernah membayar satu sen pun hutang 1MDB kerana penjimatan IPP serta pembinaan aset negara oleh 1MDB jauh lebih tinggi dari jumlah hutang 1MDB 32 bilion.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker