Kumpulan pro Anwar bidas Loke


Kumpulan pro Anwar bidas Loke

Dua kumpulan pro-Anwar Ibrahim membidas gesaan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook supaya berhenti menjadikan Presiden PKR itu calon Perdana Menteri tunggal Pakatan Harapan (PH) susulan kekalahan pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Otai Reformasi, Abdul Razak Ismail, berkata bedah siasat sepatutnya dilakukan untuk mencari punca sebenar kekalahan PH di Melaka, bukannya menjadikan Anwar kambing hitam.

Beliau berkata, PRN Melaka menjadi arena baharu bagi PH disebabkan prosedur operasi standard (SOP) yang mengehadkan keupayaan parti itu mengadakan ceramah dan kunjungan rumah ke rumah.

“Kami menyelar keras ‘kegopohan’ Anthony Loke yang mencadangkan pengganti Anwar, sedangkan kita tertanya-tanya siapakah gerangan pemimpin yang dimaksudkan mempunyai karisma yang boleh menyaingi ketokohan Anwar setakat ini,” kata Razak pada sidang media.

Presiden Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM), Mustapa Mansor, yang mengkritik Loke berkata, beliau sepatutnya membincangkan isu itu pada mesyuarat Majlis Presiden, bukan membuat kenyataan terbuka.

Menyatakan hampir 20% pengundi di Melaka tidak membuang undi, beliau berkata, jika lebih ramai pengundi hadir, PH boleh memberikan saingan lebih sengit kepada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Loke juga dilaporkan oleh Malaysian Insight sebagai berkata, gabungan itu harus lebih menyentuh mengenai agenda reformasi berbanding hal Anwar menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu, susulan kenaikan harga barangan baru-baru ini, kedua-dua kumpulan menggesa orang ramai menyuarakan bantahan.

“Kami akan beri tempoh seminggu kepada kerajaan untuk menurunkan harga. Jika tidak, semua rakyat harus bersama membuat protes,” kata Razak. FMT

Kumpulan pro Anwar bidas Loke


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker