Harga Barang Naik Semakin Kritikal, Apa Kita Perlu Lakukan?

Oleh Nurul Aisyah

HARGA barangan keperluan asas seperti makanan yang naik secara mendadak mengundang suasana panik dikalangan rakyat Malaysia. Perkara ini perlu diselesaikan dengan segera. Dan seperti biasa, apabila isu yang melibatkan ekonomi negara maka hanya Datuk Seri Najib yang mampu memberikan saranan terbaik dengan kadar segera.

Satu cadangan yang Najib pernah beri beberapa hari lalu adalah memberi subsidi kepada pekerja tempatan dalam sektor pengeluaran makanan asas buat sementara waktu untuk mengurangkan kos pengeluaran dan juga untuk meningkatkan lagi minat warga tempatan agar terlibat dalam bidang ini.



Pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai pekerja asing pulang ke kampung halaman mereka. Pengambilan buruh dari negara asing juga telah disekat dalam tempoh itu. Akibatnya, banyak sektor termasuk sektor makanan sedang menghadapi kekurangan tenaga kerja yang memberi impak kepada pengeluaran.

Apabila pengeluaran dan bekalan turun maka harga barang naik. Masalah yang sama juga dihadapi oleh hampir semua negara dalam dunia. Akibat terdesak, sebahagian pengeluar makanan tempatan juga terpaksa mengambil pekerja tempatan atau mengambil pekerja asing dari sektor-sektor lain dengan menawarkan gaji yang lebih tinggi.

Cadangan kedua, membenarkan semula pekebun, penternak dan nelayan untuk mengambil pekerja asing SEKIRANYA mereka masih gagal mengambil pekerja tempatan. Warga tempatan disarankan agar tidak memilih pekerjaan dan pertimbangkan pekerjaan dalam sektor pertanian dan penternakan.

Oleh itu, Menteri Kewangan (lantikan PPBM) patut pertimbangkan serta-merta peruntukan bagi subsidi gaji epada pekerja tempatan dalam sektor pengeluaran makanan asas buat sementara waktu untuk mengurangkan kos pengeluaran dan juga untuk meningkatkan lagi minat warga tempatan agar terlibat dalam bidang ini.



Menteri KDN (dari PPBM) pula patut membuat keputusan serta-merta untuk membenarkan semula pengambilan pekerja asing bagi sektor makanan jika pengeluar-pengeluar makanan asas masih gagal menyelesaikan masalah kekurangan pekerja.

Gesaan serta amaran yang dibuat Datuk Seri Najib sejak bulan Jun lalu bawah kerajaan PN terdahulu bahawa inflasi (terutamanya harga makanan) akan menjadi masalah besar pada bulan-bulan mendatang.

Namun perkara tersebut dipandang remeh. Lima bulan sudah berlalu sejak amaran itu. Harga barang naik semakin kritikal. Rakyat semakin tersepit.

Dalam perkara ini Datuk Seri Najib turut mencadangkan jalan penyelesaian jangka masa panjang, iaitu setiap negeri perlu juga untuk menyediakan tanah bagi skim pertanian ala FELDA untuk memberi peluang kepada generasi baharu peneroka pertanian tetapi khususnya kepada pengeluaran makanan seperti disaran beliau dalam Dewan Rakyat pada tahun lepas.



Ketika PRU 13 dan PRU 14 yang lalu, PH memomokkan Barisan Nasional(BN) sebagai barang naik tapi kifarah atau karma berlaku sebaliknya. Kerajaan PH dan PN merupakan punca harga barang keperluan naik melambung sehingga menyusahkan rakyat.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker