Kerana Muhyiddin, prestasi ekonomi negara buruk berbanding negara jiran

Kerana Muhyiddin, prestasi ekonomi negara buruk berbanding negara jiran

Najib Razak memberi amaran bahawa Malaysia merupakan satu-satunya negara yang secara rasmi jatuh ke status kemelesetan ekonomi teknikal bagi suku ketiga tahun 2021, berbanding negara jiran yang lain.

Merujuk kepada graf yang menunjukkan Malaysia mencatatkan kadar penurunan ekonomi sebanyak 4.5 peratus, Najib yang juga bekas menteri kewangan itu mengaitkan situasi tersebut dengan kesan pelaksanaan darurat dan menggantung Parlimen ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin.

“Semua negara-negara jiran sudah selesai lapor kadar pertumbuhan ekonomi bagi suku 3 tahun 2021.

“Malaysia satu-satunya negara sahaja yang jatuh secara rasmi ke status kemelesetan ekonomi teknikal pada ketika ini. Tengok graf,” katanya yang merujuk kepada laporan di Business Times.

“Kemelesetan teknikal bermaksud ekonomi mencatatkan penguncupan dua suku tahunan berturut-turut,” katanya pada satu hantaran di Facebook.

Malaysia mencatatkan pertumbuhan 3.5 peratus, Singapura 6.5 peratus, Filipina 7.1 peratus, Thailand menurun sebanyak 0.3 peratus, manakala Malaysia pula mengalami penurunan 4.5 peratus.

“Ini berikutan negara kita satu-satunya dalam dunia yang umumkan darurat untuk gantung parlimen dengan alasan nak melawan Covid tetapi sebenarnya sebab mereka mahu kekalkan kuasa,” katanya.

Belanja RM600 juta, lockdown separuh masak

“Biarpun darurat dibuat, RM600 bilion duit negara dibelanjakan oleh kerajaan dan lockdown separuh masak antara paling lama dalam dunia yang banyak menjahanamkan ekonomi rakyat dan perniagaan kecil, negara kita masih mampu mencatat kadar kes Covid dan kadar kematian Covid antara paling tinggi dalam rantau dan dunia.

“Harga barang-barang juga menaik tinggi akibat lockdown separuh masak tersebut – sehingga Guan Eng pun faham,” katanya.

Semalam, Lim Guan Eng bertanya apakah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi sanggup meletakkan jawatan sekiranya dia tidak mampu menangani harga keperluan asas seperti sayur daripada terus meningkat.

Kata pemimpin DAP itu, kerajaan persekutuan nampaknya seolah-olah tidak kisah atau tidak efektif dan tidak berbuat apa-apa bagi memeriksa kenaikan harga itu, yang katanya telah menyebabkan membebankan rakyat dan mengurangkan kuasa membeli mereka.

Bukan sahaja golongan B40, Lim berkata, kini golongan M40 juga buntu dengan kenaikan harga itu. Mk

Kerana Muhyiddin, prestasi ekonomi negara buruk berbanding negara jiran


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker