Bising bukan main…kalau nak wujudkan sekolah ‘secina-cinanya’, jangan minta bantuan kerajaan!
BANGI, 24 Rabiulakhir 1443H, Isnin – “Papan tanda SJKC tiada tulisan Cina bising bukan main, bagaimana pula dengan papan sepenuhnya tulisan Cina tanpa tulisan rumi dan Jawi?
“Kenapa diam? Cuba buat siasatan berapa banyak SJKC yang langsung tidak mendaulatkan tulisan rumi dalam papan tandanya.”
Demikian sinis Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah selepas segelintir pihak kecoh papan tanda baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pahang tiada tulisan Cina.
Papan tanda itu dilaporkan mengandungi nama sekolah berkenaan dalam Bahasa Melayu dan tulisan Jawi, tetapi tidak dalam tulisan Cina.
Difahamkan, papan tanda sekolah yang baru dibuat selepas Dewan Undangan Negeri Pahang memutuskan agar semua agensi berkaitan kerajaan wajib menambah tulisan Jawi pada papan tandanya.
Ridhuan Tee menyifatkan langkah kerajaan Pahang meluluskan nama SJKC dalam tulisan Bahasa Melayu amat tepat bahkan sepatutnya kerana ini bukan negara China.
Tegasnya, negara ini ada bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan, justeru ia mesti didaulatkan.
DAP mahu status Bumiputera? Bersedia gugur sekolah vernakular?
“Masuk sahaja ke dalam SJKC penuh dengan kecinaan, segala notis, maklumat dan pengajaran semua dalam Bahasa Cina. Tidak bolehkah nama di luar ditulis dalam tulisan BM dan Jawi.
“Jadi, apa masalah dengan kamu? Bantuan kerajaan semua kamu ambil, tetapi dasar kerajaan kamu tolak. Kamu ini apa?
“Kalau kamu mahu wujudkan sekolah secina-cinanya, jangan minta bantuan kerajaan. Kamu bergerak sepenuhnya bersendirian,” katanya menulis di ruangan kolumnis Ismaweb.net hari ini.
Dalam pada itu, beliau meminta Kementerian Pendidikan tidak tunduk sama sekali dengan kumpulan ultra kiasu dalam mendaulatkan bahasa kebangsaan.
“Kenapa perlu perbesarkan perkara sekecil ini, kecualilah KPM mengarahkan SJKC menggunakan medium bahasa kebangsaan. Itupun hak KPM. Ini sekadar nama papan tanda.
“SJKC mendapat bantuan kerajaan sepenuhnya, sudah sewajarnya mereka mesti turut sama mendaulatkan bahasa kebangsaan,” katanya.
BACA PENUH ULASAN PROF DR RIDHUAN TEE ABDULLAH DI KOLUMNIS ISMAWEB.NET
Baca Artikel Menarik:
- Kerajaan dulu tegang, kerajaan kini tenang
- Wanita dipaksa kahwin maut kena siram asid
- Polis serbu majlis pendaftaran kongsi gelap
- Kerana Muhyiddin, prestasi ekonomi negara buruk berbanding negara jiran
- Sakarstik Zahiril ajak Amerul Affendi beli pengikut di Shopee
- Kailan ikan masin kayangan, KPDNHEP beri tempoh 2 hari buat penjelasan
- Syok Sendiri Jadi Hero Hindustan, Shah Rukh Khan ‘Copy ORI’ Buat Ramai Netizen Gelak [VIDEO]
- Empat beranak rosakkan kereta ditangkap (Video)
- Wanita tertembak ‘karipap’ sendiri
- Pukul, seret hingga mati
- Baby bump Mira Filzah, netizen ucap tahniah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hua Zong jangan melampau, sekolah vernakular ditubuh atas dasar ihsan