Aksi pak cik bonceng motosikal bawa cermin undang tawa

Aksi pak cik bonceng motosikal bawa cermin undang tawa

Sebuah klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki berpangkat ‘pak cik’ memegang cermin ketika membonceng sebuah motosikal menjadi tular kerana disifatkan netizen sebagai lucu, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video yang dirakam pengguna jalan raya lain itu dimuat naik di TikTok pada akaun bernama @fiskal_99.



‘’Saya tidak kuat,’’ tulis keterangan pada hantaran tersebut.

Berdasarkan klip video tersebut, lelaki itu memegang cermin besar sehingga menutupi penunggang di hadapannya jika dilihat dari belakang.

Bukan itu sahaja, kedudukan cermin yang menghadap dirinya membuatkan keadaan lelaki tersebut kelihatan lucu kerana refleksi dirinya dapat dilihat dengan jelas oleh orang ramai.

Orang ramai bahkan ada yang berasa risau kerana dia dilihat seolah-olah menunggang motosikal dalam keadaan terbalik.



Netizen yang menonton video itu mula membanjiri ruangan komen.

“Definisi cermin diri sendiri sebelum mengata orang lain,” kata seorang netizen.

“Lihat macam ini pun kelakar, kenapa tak dipusing sahaja cerminnya,’’ ujar yang lain. K Online

Aksi pak cik bonceng motosikal bawa cermin undang tawa




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mas Khan Lamar Diana Nasimuddin Dalam Majlis Indah

Bukti disembunyikan, Najib buat laporan polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker