Lari dari polis dan akhirnya langgar kereta polis

Lari dari polis dan akhirnya langgar kereta polis

Tindakan seorang penunggang motosikal cuba melarikan diri daripada ditahan menerima akibatnya apabila tercedera selepas melanggar kereta peronda polis.

Insiden itu berlaku dalam pemeriksaan polis di Jalan Lingkaran Tengah 2 Kampung Pasir, Ampang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, semas kejadian sekitar pukul 11.40 malam, anggota polis yang memandu kereta peronda jenis Proton di Taman Melawati terserempak dengan seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam keadaan mencurigakan.

“Pemandu kereta peronda polis menyalakan lampu sebagai tanda amaran dan mengarahkan penunggang motosikal itu berhenti.

“Bagaimanapun lelaki tersebut enggan memberi kerjasama dan melarikan diri dengan memecut laju dalam keadaan berbahaya secara zig zag.

“Polis terus mengekori lelaki itu sejauh 500 meter sebelum dia mengubah haluan secara tiba-tiba dan terus melanggar bahagian hadapan sebelah kanan kereta peronda,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Mohamad Farouk, akibat pelanggaran itu, lelaki tersebut terjatuh di atas jalan dan mengalami kecederaan di bahagian muka serta kepala.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

“Hasil semakan lanjut mendapati dia mempunyai tiga rekod lampau kesalahan berkaitan kes dadah,” kata Mohamad Farouk. MG

Lari dari polis dan akhirnya langgar kereta polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mas Khan Lamar Diana Nasimuddin Dalam Majlis Indah

Bukti disembunyikan, Najib buat laporan polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker