KPT, Shopee lancar Siswa Mall

KPT, Shopee lancar Siswa Mall

Bagi mewujudkan lebih ramai usahawan dalam kalangan mahasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama platform e-dagang, Shopee melancarkan Program MoHE x Shopee: Siswa Mall di Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, program tersebut diwujudkan bagi mempergiat usaha pemba­ngunan program keusahawanan khususnya di institusi pengajian tinggi (IPT) dengan memperkasa elemen inovasi dan teknologi selari dengan perkembangan e-dagang, teknologi kewangan, data raya dan Internet of Things (IoT).

“Ini penting bagi memberi nilai tambah kepada pelajar dan pada masa yang sama, melahirkan graduan holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang.

“Berpandukan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2021-2025, KPT merangka kerjasama strategik dengan Shopee Malaysia, antara syarikat e-dagang terkemuka di Malaysia untuk melaksanakan program ini,” katanya ketika berucap merasmikan program tersebut di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM di sini.

Hadir sama ialah Naib Canselor UiTM, Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor.

Menurut Noraini, Siswa Mall menyediakan latihan dalam aspek e-dagang serta kemahiran berniaga secara dalam talian yang bakal memanfaatkan kira-kira 12,000 graduan IPT, politeknik dan kolej komuniti di seluruh negara.

Jelasnya, Shopee Malaysia dilantik untuk menyediakan latihan keusahawanan dan platform perniagaan dalam talian buat peserta.

“Setiap penuntut yang berjaya dilatih di bawah program tersebut akan memulakan bisnes di Shopee dan turut menerima Pakej Bantuan Usahawan Siswa yang disalurkan KPT kepada peserta melalui pihak Shopee.

“Pakej tersebut merangkumi baucar kedai Shopee, kredit iklan serta manfaat lain yang bertujuan untuk membantu usahawan siswa dalam bisnes e-dagang serta meningkatkan jualan di kedai online mereka,” tambahnya. K Online

KPT, Shopee lancar Siswa Mall


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mas Khan Lamar Diana Nasimuddin Dalam Majlis Indah

Bukti disembunyikan, Najib buat laporan polis

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker