Anwar tidak nafi bertanding di Johor PRU-15

Sebaran :

Anwar tidak nafi bertanding di Johor PRU-15

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan khabar angin beliau mungkin bertanding kerusi Parlimen di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun menganggap masih terlalu awal untuk beliau memutuskan bertanding di kerusi mana pada PRU berkenaan.

“Yaka? Di mana? Simpang Renggam dia (Dr. Maszlee Malik) tidak bagi tapi seperti mana biasa ini terlalu awal.



“Mereka baca (nampak) sebab saya datang ke sini di Kluang dan Simpang Renggam. Saya tidak kata tidak, tapi saya tak tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Jelajah Presiden PKR di Kampung Baru Machap, Simpang Renggam, Kluang, hari ini.

Anwar terdahulu menerima borang keahlian PKR daripada Dr. Maszlee dan 500 ahli baharu ke dalam Cabang Simpang Renggam.

Terdapat desas desus Ketua Pembangkang itu mungkin akan bertanding di Parlimen Batu Pahat, Tebrau atau Segamat yang kini disandang bekas wakil rakyat PKR yang melompat ke parti lain.



Sementara itu, mengulas mengenai kemasukan Maszlee ke dalam PKR yang diumum secara rasmi hari ini, Anwar berkata, kemasukan Ahli Parlimen Simpang Renggam itu memberi suntikan baharu yang sangat bermakna kepada parti.

“Beliau mewakili barisan golongan muda yang boleh memperkuatkan lagi kedudukan parti,” katanya.

Pada soalan berkaitan Maszlee bakal mempertahankan kerusi Simpang Renggam di bawah tiket PKR, Anwar berkata, perbincangan ke arah itu akan dilakukan selepas ini.

“Soal kerusi belum lagi kita bincang tapi tentulah kenyataan beliau diambil kira tentang prestasinya sebagai antara Ahli Parlimen yang banyak turun ke bawah dan prestasi ketika menjadi menteri yang saya percaya akan diberi pertimbangan,” katanya.



Anwar sebelum ini pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang sebelum menjadi wakil rakyat Port Dickson sejak 2018. Utv

Anwar tidak nafi bertanding di Johor PRU-15


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mas Khan Lamar Diana Nasimuddin Dalam Majlis Indah

Bukti disembunyikan, Najib buat laporan polis


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *