Jentik kemaluan dua murid, jurulatih mengaku tidak bersalah

Terence hadir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat bagi menghadapi dua pertuduhan mengganggu kesantunan dengan menjentik kemaluan dua kanak-kanak berusia 11 tahun, November tahun lalu.

Seorang jurulatih dodgeball mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan menjentik kemaluan dua murid lelaki ketika mangsa berusia 11 tahun, November tahun lalu.

Terence Ee Soon Lee, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Zhafran Rahim Hamzah.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu yang hadir dengan memakai baju T berkolar berwarna kuning biru didakwa mengganggu kesantunan seorang kanak-kanak lelaki dengan menjentik kemaluan dan mencucuk lubang punggung mangsa dengan menggunakan kayu.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki terbabit dituduh mengganggu kesantunan seorang lagi murid lelaki dengan menjentik kemaluan mangsa.



Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah dewan sekolah di sini pada jam 2 hingga 2.30 petang, November dan Disember tahun lalu.

Dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Maryam Jamilah Md Kamal mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi.

Menurutnya, tertuduh yang merupakan jurulatih sukan sekolah itu telah didakwa melakukan kesalahan semasa latihan dodgeball dijalankan.



“Pihak kami dimaklumkan bahawa tertuduh telah ditamatkan perkhidmatan di sekolah berkenaan,” katanya.

Sementara itu, peguam, Datuk Thrichelvam Rasiah yang mewakili Terence merayu agar ikat jamin itu dikurangkan kerana anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Zhafran membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 29 November depan untuk serahan dokumen.



Sebelum ini, media melaporkan kes gangguan seksual membabitkan jurulatih dodgeball dengan mangsanya melibatkan beberapa murid di sebuah sekolah rendah.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker