Wanita ‘Pergi Tak Kembali’ Di Pangkuan Suami 30 Minit Selepas Berkahwin Setelah 3 Tahun Bertunang
Wanita ‘Pergi Tak Kembali’ Di Pangkuan Suami 30 Minit Selepas Berkahwin Setelah 3 Tahun Bertunang
Mendirikan rumah tangga bersama pasangan tercinta sudah semestinya menjadi impian buat semua. Namun, apa yang kita sebagai manusia hanya mampu lakukan adalah merancang seterusnya adalah urusan Allah SWT.
Begitu juga dengan kisah menyayat hati ini apabila seorang wanita meninggal dunia apabila hanya sempat 30 minit sahaja bergelar isteri. Bukan sahaja luluh perasaan suami, malah perasaan seorang ayah kepada wanita tersebut juga meruntun hati.
Kisahnya berlaku apabila pasangan mempelai berkenaan dikatakan pulang ke rumah mereka sekitar 30 minit selepas tamat acara perkahwinan mereka. Apa yang menyedihkan adalah pengantin perempuan bernama Nadia Taha sebelum itu sempat menelefon ayahnya dan berkongsikan perasaan gembira kerana telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati selepas 3 tahun bertunang.
Memetik laporan @middleeastin, keadaan bertukar panik apabila Nadia dipercayai mengalami serangan jantung lalu menghembuskan nafas tearkhir di pangkuan si suami.
HAFAL AL-QURAN & SOLAT AWAL WAKTU
Memang meruntun hati seorang bapa apabila melihat anak perempuanya terbaring kaku di apartment milik anaknya. Apa yang mengejutkan adalah wanita tersebut tidak menunjukkan apa-apa petanda pelik dan nampak sihat sahaja.
Pemergian pada usia muda iaitu usia 20-an memang menyedihkan. Dedah ayah kepada Nadia, anakmya merupakan seorang penuntut jurusan di institusi keagamaan dan juga menghafal kitab suci Al-Quran. Bahkan Allahyarhamah juga patuh terhadap suruhan agama Islam, termasuklah sentiasa solat di awal waktu.-SL
Sumber: middleeast.in
Wanita ‘Pergi Tak Kembali’ Di Pangkuan Suami 30 Minit Selepas Berkahwin Setelah 3 Tahun Bertunang
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Katak lompat masuk Bersatu, dah tu gubal undang-undang anti lompat kenapa?
- Kes lelaki maut dicekik, 2 beranak ditahan reman
- Aishah bercerai lagi?
- Prof Ridhuan Tee beri amaran: Takkan nak tunggu Pulau Pinang jadi Singapura kedua? [VIDEO]
- Penunggang motosikal terbabas lihat gadis penjual penkek [VIDEO]
- Nik Abduh, Khairuddin dan Zuhdi dilantik untuk elak perpecahan
- Bekas PM kata Melayu malas, sedangkan nelayan keluar sebelum maghrib, balik subuh – Ismail
- Gempar mayat bogel bangun berjalan
- Pas tolak MN kalau hanya ada UMNO sahaja – Hadi
- Seronok Penyanyi Dangdut Amelina Diam-Diam Naik Pelamin, Peminat Siap Ucap Tahniah [VIDEO]
- Ramai sedih lihat budak jual gam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat