PRN Sarawak: PKR dakwa DAP tidak telus bincang agihan kerusi

PRN Sarawak: PKR dakwa DAP tidak telus bincang agihan kerusi

PKR Sarawak mendakwa rakan sekutunya, DAP Sarawak, enggan berunding secara terbuka dan telus sekurang-kurangnya membabitkan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), menjelang pilihan raya negeri ke-12 (PRN12) Sarawak.

Majlis Pimpinan PKR Sarawak dalam kenyataannya, berkata kawasan yang dimaksudkan membabitkan DUN Senadin, Piasau dan Pujut.

Katanya, selama berbulan-bulan PKR Sarawak cuba mengadakan pertemuan dengan pimpinan tertinggi parti berkenaan di negeri ini, namun berdepan penolakan kosong.

“Kami telah menjelaskan bahawa berikutan pemergian bekas Pengerusi PKR (Sarawak), Larry Sng, pada Februari 2021, sebarang perjanjian peribadi yang dibuat oleh beliau dengan DAP Sarawak adalah terbatal dan tidak sah kerana ini dilakukan secara persendirian tanpa pengetahuan dan persetujuan pemimpin dan akar umbi PKR Sarawak.

“Walau bagaimanapun, kami sangat kecewa apabila DAP Sarawak masih enggan terlibat dalam sebarang rundingan mengenai perkara ini dan terus menuntut ketiga-tiga kerusi itu walaupun prestasi mereka kurang memuaskan dan kalah pada pilihan raya negeri 2016,” katanya dalam kenyataan.

Tiga kerusi berkenaan merujuk kepada DUN Senadin, Piasau dan Pujut. Turut menjadi pertindihan tuntutan membabitkan kawasan Kemena.

Hari ini, DAP Sarawak mengumumkan 18 calonnya menjelang PRN12 Sarawak yang antara lain menamakan Marcus Hugo bertanding di Senadin, Peter Hee (Piasau) dan Alan Ling (Pujut).

Dalam pada itu, Majlis Pimpinan PKR Sarawak, berkata sejak awal 2020, PKR sudah mengenal pasti calon Dayak yang berpotensi tinggi untuk dicalonkan di DUN Kemena. Dalam pengumuman DAP, parti itu mencalonkan John Bryan bertanding di kerusi terbabit.

“Pada asalnya kerusi Kemena adalah kerusi PKR, tetapi dipinjamkan kepada DAP pada pilihan raya (PRN) 2016 yang kemudiannya DAP kalah. Dengan kekuatan dan prestasi calon yang ada sekarang, kami (ingin) mengembalikan kerusi ke pangkuan PKR,” katanya.

Katanya, DAP pada PRN Sarawak lalu, tewas di DUN Senadin dan Piasau, manakala DUN Pujut menyaksikan calon mereka dibatalkan menjadi Ahli DUN kerana isu kewarganegaraan Australia.

“Pada 2018, Ahli Parlimen Miri selama dua penggal, Dr Michael Teo Yu Keng, telah memenangi kerusi Parlimen Miri dengan majoriti tinggi di Piasau, Senadin dan Pujut. PKR Sarawak mendapat sokongan akar umbi yang kuat daripada masyarakat Cina dan Dayak di tiga kerusi DUN ini,” katanya.

Katanya, PKR Sarawak mempersoalkan perpaduan dan setiakawan terhadap DAP sambil menegaskan perundingan kerusi PRN12 harus dilakukan secara terhormat, terbuka dan telus demi membina persefahaman yang kuat.

“…Pada masa untuk sama-sama membawa pembaharuan dan perubahan secara efektif bukanlah hanya sekadar menguasai kerusi majoriti Cina di kawasan bandar. Kita memerlukan pimpinan berbilang kaum, dengan sokongan akar umbi yang kuat untuk mendekati rakyat di kawasan pedalaman Sarawak,” katanya. FMT

PRN Sarawak: PKR dakwa DAP tidak telus bincang agihan kerusi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Guna Android Box Tonton Siaran Swasta Tapi Tak Bayar, Ini Respon Mufti

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker